Atta Halilintar jalani kuarantin, Aurel Hermansyah takut tidur seorang – Bintang Global

SELEPAS disahkan positif Covid-19 buat kali kedua, YouTuber popular Indonesia, Atta Halilintar kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumahnya.

Atta, 27, terpaksa berpisah sementara dengan isterinya, Aurel Hermansyah, 23, yang berada di tingkat bawah kediaman manakala Atta menjalani kuarantin di aras atas rumah mereka.

Selain menggunakan telefon bimbit masing-masing untuk berkomunikasi, Atta dan Aurel juga saling berborak melalui beranda bilik yang didiami Atta.

Malah, Atta sempat berseloroh bertanyakan kepada isterinya adakah dia takut tidur bersendirian tanpa sang suami di sisi seperti yang dikongsikan di laman YouTube miliknya.

“Takut tak tidur seorang di bawah itu?” tanya Atta.

“Sudah tentu saya takut, semalam rasa macam katil digoyang-goyang oleh seseorang,” balas Aurel dalam nada gurauan.

Atta dan Aurel mendirikan rumah tangga pada 3 April lalu di Hotel Raffles, Jakarta. 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.mstar.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *