Kec0h Artis Langg4r SOP Masa Majlis Berbuka Puasa, Sekali Instafamous Tampil Beri Respon

Tindakan instafamous dan pelakon baru Nurin Afiqah, 25, berkongsi momen ketika Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 telah mengundang kec4m4n daripada netizen.

Menerusi foto yang tul4r di Twitter, Nurin did4kwa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apabila tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

Malah, ketika acara berkenaan Nurin bersama segelintir tetamu yang hadir kelihatan tidak memakai pelitup separuh muka.

“Di mana SOP nya? Dekat Kelantan semua majlis tak boleh buat, bazar pun tak ada, dine-in pun tak dibenarkan lagi. Mana adilnya untuk abang burger?

“Ini majlis berbuka puasa, kalau niat tak menghalalkan cara, adakah niat membenarkan pengaba1an SOP?” tulis seorang pengguna yang menggunakan nama @ixyanimohd.

Tampil mengakui akan kesilapan yang dilakukan, pelakon drama Wifi Sebelah Rumah itu memohon maaf kepada semua orang dan berjanji akan lebih berhati-hati ketika berada di tempat awam.

“Kepada semua orang, dari lubuk hati saya. Saya betul-betul minta maaf. Saya harus lebih berhati-hati bila berada di tempat awam.

“Saya akan lebih berhati-hati selepas ini untuk jaga SOP. Saya terima dengan kesalahan yang diperkatakan.

“Sekali lagi, saya minta maaf banyak-banyak. Thank you for pointing out,” tulisnya.

Acara itu turut dihadiri beberapa selebriti tempatan antaranya Mawar Rashid, Raf Yaakob dan Iman Troye.

Awal Mac lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Yaakob, memberikan kebenaran untuk mengadakan majlis sosial dengan mematuhi syarat SOP.

Antara SOP yang perlu dipatuhi oleh penganjur majlis adalah kehadiran ke premis 50 peratus bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan mengikut keluasan premis dengan penjarakan fizikal di kawasan PKP Pemulihan (PKPP).

Majlis seperti seminar, kursus, latihan, ceramah bersemuka, pameran, aktiviti perdagangan serta konvensyen juga dibenarkan dengan SOP yang ditetapkan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : GEMPAK

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.