Viral Lelaki Mengeluarkan Cahya Ketika Solat Di Salah Sebuah Surau Di KL

Sedia maklum umat Islam sekarang berada pada fasa 10 terakhir bulan Ramadhan.

Dalam mengejar pahala berganda-ganda seperti solat berjemaah, tarawih, berdoa, qiyamullail, tahajud, membaca Alquran semuanya akan dipertunjukkan Allah taala hambaNYA yang terpilih.

Baru-baru ini terdapat satu rakaman cctv di sebuah surau/masjid di ibu kota iaitu Kuala Lumpur, lokasi terperinci tak dikenalpasti.

Bercahaya imej lelaki tersebut, rakaman melalui CCTV ketika sedang solat. Apa²pun jika cahaya itu dari solatnya, satu rahmat buatnya. Wallahua’lam.

Seorang lelaki seperti bercahaya sedang melakukan ibadah solat, ini menunjukkan satu keajaiban Allah taala.

Jika seorang hamba itu terpilih oleh Allah swt, sangatlah beruntung mereka tambah-tambah pada bulan mulia ini.

Nak Tahu Solat Diterima Atau Tidak…Ini Antara Tanda-Tandanya

SEBAGAI seorang Muslim, saban hari kita menunaikan solat fardu lima waktu tanpa gagal kecuali bagi mereka yang dalam keuzuran sebagaimana dibenarkan oleh syarak.

Masakan tidak, ia merupakan tiang agama. Malah, solat juga merupakan Rukun Islam ke-2.

Semua orang mengharapkan agar ibadah yang dilakukan diterima oleh ALLAH SWT dan menjadi asbab yang melorongkan kita untuk meraih syurga-NYA.

Meskipun kadangkala ibadah berkenaan sudah dilunaskan, namun bukan semuanya diterima oleh ALLAH SWT.

Ada banyak sebab kenapa solat itu tidak diterima, antaranya tidak sempurna rukun dan pergerakan dalam solatnya.

Bagaimanakah kita hendak tahu apakah solat yang dilakukan selama berpuluh-puluh tahun selama ini diterima ataupun tidak?

Apakah tanda-tanda solat kita diterima oleh ALLAH SWT?

Menjawab pertanyaan itu, pendakwah Ustaz Mohd Fahmi Rusli menjelaskan, antara tanda ibadah berkenaan diterima apabila solat berkenaan mampu menghalang kita daripada melakukan perkara k3ji dan mungk4r.

Jelas beliau lagi, ALLAH SWT menyifatkan solat sebagai benteng yang menjadi penghalang kita daripada melakukan perbuatan yang tidak disukai-NYA.

Firman ALLAH SWT: “Sesungguhnya solat menghalang kita daripada melakukan perkara k3ji dan mungk4r.” (Surah al-Ankabut, ayat 45)

“Ketahuilah, meninggalkan perkara k3ji dan mungk4r adalah termasuk dalam ketakwaan,” jelas beliau sebagaimana dipetik menerusi ciapan di Twitter miliknya baru-baru ini.

Ustaz Mohd Fahmi menambah, ALLAH SWT turut menyatakan perihal amalan orang yang bertakwa menerusi kalam-NYA.

Solat diterima

ALLAH SWT berfirman: “Sesungguhnya ALLAH hanya menerima (amalan) daripada orang yang bertakwa.” (Surah al-Ma’idah, ayat 27)

“Maka, gabungan dua ayat ini menatijahkan kenyataan: ‘Antara tanda solat kita diterima adalah saat ia menghalang kita daripada melakukan perkara k3ji dan mungk4r’ di atas,” katanya.

(Artikel berkaitan: Makruh tahan kencing ketika mendirikan solat, tapi ramai yang masih lakukan perkara ini…)

Selain itu, dalam kitab al-Targhib wa Tarhib, Zakiyuddin al-Mundziri ada menjelaskan tentang sebuah hadis qudsi berkaitan tanda-tanda yang mengisyaratkan solat seorang hamba diterima oleh-NYA.

Antaranya adalah:

1. ALLAH SWT menerima solat seseorang yang tawaduk ketika menunaikan ibadah itu di hadapan kebesaran-NYA. Sifat tawaduk itulah akan memunculkan kekhusyukan dalam solat seseorang berkenaan.

2. Orang yang tidak menyomb0ngkan diri.

Solat diterima

3. Orang yang tidak terus-menerus dalam kemaksi4tan.

4. Mereka yang menggunakan waktu siang untuk terus mengingati ALLAH SWT dan merasakan ALLAH selalu berada dekat dalam hidupnya. Bahkan, dirinya selalu merasakan ALLAH sentiasa memerhati setiap inci gerak-gerinya.

5. Mereka yang cintakan kepada fakir miskin, ibnu sabil (orang yang bermusafir) dan mengambil berat mereka yang ditimpa musibah.

Justeru, jagalah solat kita dengan sebaiknya. Ingatlah, ia merupakan antara perkara pertama yang akan dihitung di akhirat kelak.

Berdoalah semoga ALLAH SWT menerima ibadah dan setiap amal kebajikan yang kita lakukan selama ini.

 

Sumber: Twitter @fahmirusliMFR & kupang.tribunnews.com

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.motifviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *