
Bersempena dengan ulang tahun perkahwinan Scha dan Awal hari ini, Awal memuat naik satu video perkahwinan mereka di laman sosial instagramnya. Menandakan sudah 9 tahun melayari bahtera perkahwinan mereka.
Turut mengakui bahawa Awal sebenarnya lupa akan tarikh anniversary mereka hari ini.
View this post on Instagram
Panjang ucapan Awal kpd Scha melalui kapsyennya, turut berterima kasih kepada Scha sepanjang 9 tahun bersama. Juga turut bercanda ingin menambah seorang lagi cahaya mata walau anak bongsunya Lyla Amina, baru sahaja mencecah 3 bulan.
Melihat kepada laman sosial Scha juga turut memuat naik video yang memaparkan Awal tidak mengingati tarikh ulang tahun perkahwinnya.
View this post on Instagram
Awal dan Scha mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012. Mereka kemudian dikurniakan dua cahaya mata iaitu Lara Alana, 7 dan Lyla Amina, 3 bulan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai rakan artis dan juga peminat turut mengucapkan selamat ulangtahun kepada mereka berdua.
Sumber: Instagram awal & scha by FIONA
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.motifviral