TERKINI! “Pembay4ran BPR Fasa 2 Mulai 7 Mei.” Ini Jumlah Yg Bak4l Diterima

KUALA LUMPUR: Pembayaran Fasa 2 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan bermula Jumaat ini (7 Mei), kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Pembayaran membabitkan peruntukan RM2.75 bilion itu akan dibuat secara berperingkat bagi membantu kelangsungan hidup rakyat, terutamanya golongan mudah terjejas dan pekerja yang bergantung kepada upah harian.

Tengku Zafrul berkata, Fasa 2 BPR akan memberi manfaat kepada 3.6 juta isi rumah, satu juta warga emas dan 3.8 juta individu bujang.

Beliau berkata, BPR adalah inisiatif bantuan langsung yang diumumkan di dalam Belanjawan 2021, bagi memanfaatkan golongan B40 dengan Fasa 1 pembayaran BPR berjumlah RM1.93 bilion telah dibayar kepada 8.4 juta penerima dari 24 Februari sehingga 1 April 2021.

“Fasa 2 BPR pula akan menyusul bagi memanfaatkan jumlah penerima yang sama. Namun berlaku peningkatan peruntukan berikutan penambahbaikan kadar bayaran kepada

penerima.

“Jika dahulunya penerima dari kategori isi rumah menerima RM300 dan individu bujang menerima RM150, kini pembayaran kepada penerima adalah di antara RM150 hingga RM600 berdasarkan kelayakan setiap penerima.

“Semakan status kelulusan BPR boleh dibuat mulai 7 Mei 2021 melalui pautan https://bpr.hasil.gov.my.,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Isi rumah, warga emas dan individu bujang akan menerima bayaran yang terus dikreditkan ke akaun bank bermula 7 hingga 12 Mei ini manakala penerima tidak mempunyai akaun bank, boleh ambil bayaran melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 17 Mei 2021.

Tengku Zafrul berkata, bagi memastikan program BPR disasarkan kepada mereka yang layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021, memberikan peluang kepada rakyat mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Beliau berkata, mengambil kira pembayaran Fasa 1 dan Fasa 2 BPR, jumlah bantuan kewangan yang sudah disalurkan kepada hampir 8.4 juta penerima BPR adalah sebanyak RM4.68 bilion.

Katanya, kerajaan juga sebelum ini sudah membayar Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 berjumlah RM1.91 bilion kepada golongan B40 bermula 21 Januari 2021.

“Oleh itu, sehingga Mei 2021, jumlah keseluruhan bantuan langsung kerajaan merangkumi BPN2.0 dan BPR Fasa 1 dan 2 bagi golongan B40 adalah bernilai RM6.59 bilion.

“Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat,” katanya

Berikut status yang di muat naik oleh Menteri Keewangan di Facebook milik beliau

TERKINI! PEMBAYARAN BPR FASA 2 MULAI 7 MEI!

Fasa 2 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibayar secara berperingkat mulai 7 Mei 2021, melibatkan peruntukan RM2.75 bilion bagi 8.4 juta penerima

Peruntukan ditambahbaik: kini pembayaran kepada penerima adalah di antara RM150 hingga RM600 (berbanding sebelum ini di mana kategori isi rumah menerima RM300 dan penerima bujang menerima RM150)

Semakan status kelulusan BPR boleh dibuat mulai 7 Mei 2021 melalui pautan https://bpr.hasil.gov.my

Pembayaran akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank dalam tempoh 7 – 12 Mei 2021

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak): Pembayaran akan dibuat mulai 17 Mei 2021 melalui cawangan BSN.

Tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021.

Setakat Mei 2021, jumlah keseluruhan bantuan langsung Kerajaan yang telah dan akan disalurkan bagi golongan B40 adalah bernilai RM6.59 bilion (merangkumi BPN2.0 RM1.91b + BPR Fasa 1 RM1.93b + BPR Fasa 2 RM2.75b)

Tengku Zafrul Aziz

Menteri Kewangan

4 Mei 2021

Kementerian Kewangan Malaysia

Sumber : trending sgt

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *