Imam tengah khusyuk solat Subuh, sekali kena tamp4r

PEKAN BARU: Seorang imam ditamp4r seorang lelaki berusia 21 tahun ketika memimpin solat Subuh di Masjid Baitul Arsy, Pekan Baru, Riau.

Lapor Kompas.com, Ketua Polis Pekan Baru, Nandang Mumin Wijaya berkata, suspek didapati mengalami ganggvan jiwa dan dibawa menjalani pemeriksaan.

“Hasil keterangan daripada penduduk sekitar mendapati pelaku tinggal tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Keluarga lelaki itu pula memaklumkan dia mengalami ganggvan jiwa,” katanya.


TANGKAP layar rakaman CCTV ketika lelaki itu menamp4r imam sewaktu solat Subuh di Masjid Baitul Arsyi, Pekan Baru, Riau. -AGENSI
Menurut Nandang, lelaki itu akan dihantar ke Hospital Sakit Jiwa Tampan sambil ditemani pihak keluarga.

“Pelaku menampar pipi mangsa, Juhri Ashari Hasibuan ketika menjadi imam solat Subuh dan aksi itu berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV). Lelaki itu ditenteramkan oleh jemaah sebelum dibawa ke balai polis,” katanya.

Ada Ke Adab Tertentu Untuk Masuk Rumah Baru?
Nabi SAW tidak mensyariatkan sebarang amalan khusus semasa berpindah ke rumah baru.

Ini diterangkan oleh Ustaz Azhar Idrus dalam video di bawah. Adab memasuki rumah baru ni sama dengan masuk rumah lama sekalipun.

Adab Masuk Rumah Baru
1) Berdoa & Solat Hajat

Ulama’ menqiaskan supaya berdoa apabila ke tempat atau rumah baru. Ini boleh dilakukan melalui cara solat hajat.

Abu Malik al-Asy’ari Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إذا ولج الرجل بيته فليقل اللهم إني أسألك خير المولج وخير المخرج بسم الله ولجنا وبسمالله خرجنا وعلى الله ربنا توكلنا ثم ليسلم على أهله

Maksudnya: “Apabila seorang lelaki hendak masuk ke rumahnya maka hendaklah dia Berkata: “Ya Allah! Aku memohon kepadaMu sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik Tempat keluar. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah Tuhan kami, kami berserah”. Kemudian hendaklah seseorang itu memberi salam ke Atas keluarganya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

2) Memberi Salam

Adalah disunatkan untuk memberi salam tak kira rumah baru atau lama. Salam diberikan sekalipun rumah tidak berpenghuni.

Kalau rumah tidak ada orang, maka berilah salam ke atas diri sendiri dengan mengucapkan:

السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين

Ertinya: “Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang sahih.”

3) Membaca Bismillah

Dari Jabir bin Abdillah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu menyebut nama Allah ketika hendak masuk rumahnya dan menyebut nama Allah ketika hendak makan, maka syaitan akan berkata sesama meraka, “Kita tidak ada tempat tinggal dan tidak dapat makanan hari ini.” Tetapi apabila dia masuk rumahnya tanpa menyebut nama Allah, syaitan berkata, “Kita ada tempat menginap hari ini.” Dan apabila dia tidak menyebut nama Allah ketika makan, syaitan berkata, “Kita ada tempat menginap dan dapat makanan hari ini.” (HR Muslim)

4) Membaca Al-Quran

Seterusnya memperbanyakkan bacaan Al-Quran. Surah Al-Baqarah adalah pendinding rumah seperti sabda Nabi s.a.w :

“Janganlah menjadikan rumah-rumah kalian seperti kubvran. Sesungguhnya sy4itan / jin akan lari dari suatu rumah yang dibacakan di dalamnya surat Al Baqarah” (HR. Muslim).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:limauasamboi

Leave a Reply

Your email address will not be published.