Gadis Ini Bangga Beli Kereta Mewah Pada Usia 21 Tahun

Kuala Lumpur: Pelakon Scha Elinnea mengakui bangga dengan diri sendiri apabila membeli kereta mewah jenis Mercedes-Benz A180 AMG yang dianggarkan bernilai lebih RM200,000 pada usia 21 tahun.

Scha berkata, itu adalah kereta idamannya dan mula mengumpul duit sejak dua tahun lalu.

“Saya tidak pernah membayangkan dapat membeli kereta idaman seawal usia ini. Alhamdulillah, saya mencapai satu lagi kejayaan dalam hidup. Semua ini tidak akan berlaku tanpa sokongan dan doa berterusan daripada ahli keluarga saya.

“Ini adalah hasil titik peluh saya berlakon. Selama dua tahun saya mula mengumpul duit untuk membeli kereta idaman ini. Apabila dapat beli, saya berasa puas dan berbaloi dengan kerja keras selama ini.

“Ini adalah kereta pertama saya. Sebelum ini kalau ke mana-mana memang tumpang kereta pembantu peribadi (PA) saja. Kiranya, kereta ini sesuai dengan saya. Tak besar dan tak kecil sangat,” katanya kepada Harian Metro.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Scha Elinnea (@schaelinnea)

Menurut Scha, selepas ini dia menyasarkan untuk membeli rumah pula.

“Tahun ini saya dapat beli kereta idaman, insya-Allah, kalau ada rezeki tahun depan saya menyasarkan untuk beli rumah pula. Tidak mengapa bekerja keras siang dan malam asal saja apa yang diimpikan dapat dibeli menggunakan hasil titik peluh sendiri,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Scha berkata dia masih terbabit dengan penggambaran drama Selamat Datang Cinta terbitan A Aida Production dan dijangka tamat dua hari sebelum sambutan raya.

“Sekarang ini saya masih terbabit dengan penggambaran drama untuk siaran Salam HD. Insya-Allah, dua hari sebelum raya akan tamat. Tahun ini saya beraya di Cyberjaya saja sebab tidak boleh pulang ke kampung di Kedah,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://updatenews-48.com/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.