“Selepas PM Muhyiddin Umum Pkp Seluruh Negara Sehari Sebel0m Aidilfitri,” Ini Yang Terjadi Kepada FB Beliau

Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara dengan menguatkuasakan larangan rentas daerah dan rentas negeri kecuali untuk tujuan kecemasan, kesihatan, bekerja, ekonomi, janji temu vaksinasi dan pasangan jarak jauh.

Keputusan terbaharu itu diputuskan dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan Cov1d-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Perdana Menteri berkata, sidang khas itu juga memutuskan ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubvr semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah tidak dibenarkan.

“Solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau dibenarkan dengan kehadiran jemaah tidak melebihi 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah dan 20 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang daripada 1,000 jemaah.

“Had bilangan jemaah yang sama terpakai bagi solat fardu lima waktu dan solat Jumaat,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Katanya, tarikh kuat kuasa larangan rentas daerah dan negeri serta larangan aktiviti sosial, sukan dan pendidikan adalah bermula pada hari ini hingga 6 Jun depan seperti yang telah diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mei lalu.

Tarikh kuat kuasa bagi larangan-larangan dan arahan-arahan lain bermula pada 12 Mei hingga 7 Jun depan.

Perdana Menteri berkata, larangan lain termasuklah mengadakan perhimpunan sosial termasuk kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis doa selamat dan tahlil, majlis makan malam, majlis sambutan hari jadi serta majlis-majlis rasmi kerajaan dan swasta.

“Sebarang bentuk seminar, persidangan dan mesyuarat secara bersemuka adalah tidak dibenarkan.

“Majlis akad nikah adalah dibenarkan dengan jumlah kehadiran dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditentukan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri bagi orang Islam dan Jabatan Pendaftaran Negara bagi orang bukan Islam,” katanya.

RAKYAT LUAH RASA TIDAK PUAS HATI TENTANG PKP 3.0

Selepas pengumuman tentang PKP diumumkan, rata rata rakyat meluahkan rasa tidak puas h4ti dan ramai yang tinggalkan komen komen kecew4 pada posting terbaru Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Facebook,

“Kalau dh umum PKP tu, bersiap sedialah utk mengumumkan bantuan kewangan kepada rakyat jugak.. Kami sebagai rakyat marhaen telah byk terjejas gara2 benda PKP ni.. ada yg hilang punca pendapatan, berhenti kerja, kemurungan, dan lain2.. kami nk bantuan sara hidup sampai hujung tahun abah”

“Mohon jasa baik kerajaan untuk melaksanakan PKP yang amat ketat seperti PKP 1.0. PKP separuh masak amat menyusahkan rakyat dan langsung tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada semua pihak. Diharapkan PM boleh membuat keputusan yang wajar seperti masa PKP 1.0”

Ada rakyat mempersoalkan tentang PKP yang bakal dilaksanakan sehari sebelum umat islam menyambut hari raya Aidilfitri. Kenapa kilang kilang masih dibuka? Kenapa tadika dan taska masih dibuka sedangkan sekolah dan pengajian lain ditutup?

“Tutup kilang dan tapak pembinaan yg terkena covid settle masalah. Tak perlu pakai menteri banyak2 pun untuk fikir benda ni. Tapi kalau sayangkan kapitalis lebih daripada rakyat hanya Allah sahaja yang dapat memberi balasan”

“Kenapa tadika buka? Sedangkan rentas daerah tidak dibenarkan, jika ibubapa bekerja dan perlu ambil hantar anak dari sekolah balik ke rumah dan perlu merentas daerah, berapa jam yang perlu berada atas jalan raya? Maka kerja ibubapa pula yang terab4i?”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Kosmo Online / FB Muhyiddin Yassin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *