Bukan Biasa-Biasa, Elizabeth Tan Sebenarnya Miliki Bakat Penghibur Video Game Online

Jika kini hobi memasak menjadi salah satu aktiviti kegemaran para lelaki mengapa tidak bagi perempuan untuk meminati permainan video secara peribadi.

Bukan sesuatu perkara yang pelik dan aneh apabila mendengar golongan wanita bermain game secara profesional mahupun suka-suka menerusi platform e-sukan atau konsol permainan.

Biarpun bermain permainan video ada kalanya menjadi stigma negatif dalam kalangan wanita terutamanya bagi mereka yang memiliki pasangan yang ‘kaki game‘ dan dikatakan buang masa, tetapi ternyata dalam dunia digital dasawarsa ini, e-sukan telah membuktikan bahawa ia mempunyai masa depan yang cerah dan boleh memberi keuntungan kepada pemain jika kena dengan cara dan gayanya.

Hal yang demikian turut disokong menerusi perisian Revolusi Industri Keempat (IR 4.0) yang diperkenalkan dalam negara dengan kemunculan superkomputer, robot pintar yang membolehkan perkembangan neuroteknologi manusia untuk lebih mengoptimalkan fungsi otak biarpun menerusi kaca digital.

Awalnya, ramai menyangka stigma gamers ini hanya kena pada seseorang yang bersifat “nerdy’” sahaja, namun sebenarnya terdapat beberapa artis tanah air yang juga menjadi penghibur dalam talian (streamer) di Facebook dan Youtube untuk berinteraksi bersama peminat sambil mempertontonkan skills permainan video game.

Rata-rata menyangka kerjaya sebagai artis hanya dikaitkan dengan dunia hiburan semata-mata, namun kini terdapat banyak artis wanita yang sebenarnya memiliki bakat yang versatil dan mempunyai hobi bermain game.

Malah industri e-gaming merupakan antara kerjaya popular yang menjadi pilihan hati kepada sesiapa sahaja yang gemar akan e-sukan ini dan sering meluangkan masa melakukan live-streamer menerusi laman Facebook atau Youtube.

Memuat naik gambar di laman Instagram, penyanyi Elazabeth Tan atau lebih mesra dipanggil Lizzy ini merupakan antara selebriti wanita yang sebenarnya memiliki hobi bermain game.

caption: 

“Alang2 pkp ni, lizzy patut stream game apa? Cuba bg idea sikit 🤔😛”

Menerusi hantaran yang di buat, rata-rata peminat Lizzy tidak menyangka bahawa artis wanita ini sebenarnya sering meluangkan masa bermain video game selain bekerjaya sebagai seorang penyanyi.

Mungkin bagi penyanyi ini, itu antara cara untuk meredakan tekanan kerja dan shooting di sana sini selain menghabiskan masa sepanjang tempoh pematuhan perintah kawalan pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Walau bagaimanapun, Lizzy bukanlah seseorang yang boleh dikategorikan sebagai pemain profesional, mungkin hanya sekadar suka-suka namun, siapa tahu bakat yang dimilikinya ini dapat diasah dan dijadikan sebagi sumber pendapatan yang lumayan.

Tidak dinafikan, sukan e-gaming ini sememangnya semakin mendapat sambutan oleh orang ramai tanpa mengira jantina, namun jika ingin memperoleh manfaat daripada permainan video, seseorang itu perlu menetapkan satu had masa agar tidak terlalu keterlaluan.

Jika terlalu kerap meluangkan masa bermain permainan video, ia juga sebenarnya boleh mendatangkan kemudaratan daripada segi kesihatan seperti dapat merosakkan mata dan sebagainya.

Bermain biar berpada-pada, nikmat! keseronokan bermain video game dengan kadar masa yang bersesuaian.

Wah power ke tak Lizzy main game tu, jom lah fight!

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Elizabeth Tan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : hotfm

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *