Erdogan Hubungi YDP Agong, Ucap Selamat Hari Raya & Bincang Usaha Turki-Malaysia Dalam Isu Palestin

11 Mei 2021 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima panggilan telefon secara peribadi daripada Presiden Turki, Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan di Istana Negara, hari ini.

Perbualan selama 20 minit ini, yang bermula pada jam 6.00 petang, menyaksikan Seri Paduka Baginda dan Erdogan masing-masing bertukar menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, termasuk kepada ahli keluarga.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada Erdogan atas jemputan untuk Baginda mengadakan Lawatan Negara ke Turki pada bulan September, tahun ini.

Seri Paduka Baginda dijadual mengadakan Lawatan Negara ke Turki selama lima hari bermula pada April 19, 2020, tetapi lawatan tersebut telah ditangguhkan berikutan penularan wab4k C0VID-19.

Seri Paduka Baginda, dalam perbualan tersebut, juga menyentuh berkenaan hubungan dua hala yang erat terjalin di antara Malaysia dan Turki serta usaha-usaha pengukuhan perdagangan di antara kedua-dua negara.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan ketetapan yang diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk berdiri bersama Kerajaan Turki dan komuniti antarabangsa mengec4m pencer0bohan dan ser4ngan tenter4 penj4jah Isr4el serta pendat4ng h4ram Y4hudi ke atas rakyat Palestin dan jemaah yang beribadah di Masjid Al-Aqsa baru-baru ini.

Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa Kerajaan Malaysia menyokong dan mengalu-alukan cadangan untuk persidangan tergemp4r Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) diadakan bagi membincang isv keg4nasan Israel terhadap Palestin.

Kali terakhir Seri Paduka Baginda berkenan berbual bersama Erdogan menerusi panggilan telefon ialah pada 6 Jun, 2020 di Istana Negara.

Pada 18 Disember, 2019, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima kunjungan hormat Erdogan di Istana Negara sempena Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019.

Turki merupakan rakan dagangan Malaysia ketiga terbesar dari Asia Barat, manakala untuk Turki, Malaysia rakan dagangan terbesar di negara ASEAN.

Pada tahun 2020, jumlah dagangan antara kedua negara ialah USD2.3 bilion dengan nilai eksport Malaysia sejumlah USD1.82 bilion, manakala import dari Turki USD0.48 bilion. Pada tahun lalu, pelaburan Malaysia di Turki berjumlah USD152.92 juta.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : FB Istana Negara

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *