Tak Dapat Berziarah Kerana PKP, Kamal Adli Tetap Beraya ‘Bersama’ Uqasha Senrose

Meriahnya Hari Raya Aidilfitri jika dapat diraikan bersama insan tercinta.

Perkara itu ditunjukkan oleh pelakon Kamal Adli yang meraikan hari raya ‘bersama’ tunangnya yang juga pelakon Uqasha Senrose.

Namun melalui hantaran yang dimuat naik di Instagram beliau, foto itu kelihatan palsu kerana terdapat kesan suntingan yang agak jelas.

“alhamdulillah dapat raya sekali ❤️🌹 haters akan cakap pic ni edit.. heh cemburu .. biasa laa tu😏 selamat hari raya maaf zahir batin semuaaaa!!! 😁😁 #kitajagaawak”

Kamal melalui caption pula bercanda seakan-akan ia adalah foto asal.

Sementara itu perkongsian ini mendapat perhatian ramai di ruangan komen yang rata-ratanya terhibur dengan ‘usaha’ Kamal.

 

Sumber: Instagram Kamal Adli

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published.