Gara-Gara Soalan Sensitif Kepada Intan Liana, Janna Nick Sekali Lagi Dikec4m Netizen

Pelakon dan pengacara Janna Nick sekali lagi dikecam oleh netizen gara-gara bertanyakan soalan sensitif kepada personaliti media sosial, Intan Liana Saleh mengenai calon pengganti selepas dicer4ikan oleh suaminya, Ude Wahid.

Soalan Janna Tidak Sensitif?

IKLAN

Soalan itu ditanya oleh Janna ketika segmen ‘Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih’ dalam siaran program Melodi Raya yang disiarkan semalam (Ahad).

“sudah jumpa pengganti atau belum?” tanya Janna kepada Intan yang ketika itu turut disaksikan oleh bekas madunya, Izreen Azminda

Dalam segmen tersebut, produksi Melodi telah menemukan buat pertama kalinya  Intan dan Izreen dalam program televisyen bagi melupakan persengketaan diantara mereka berikutan pelakon itu didakwa merampas suami Intan ketika itu sekitar tiga tahun lalu.

Netizen Tertanya Mengapa Tidak Jemput Sheila Rusly

Di media sosial, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan soalan-soalan yang diajukan Janna kerana disifatkan tidak sensitif dengan situasi Intan sekaligus mencetuskan amarah dan persoalan daripada mereka.

Malah tidak kurang juga, ada yang mempertikaikan segmen tersebut seharusnya turut menemukan Janna bersama penerbit dan pelakon popular, Sheila Rusly selepas kedua-duanya dikatakan mempunyai perselisihan faham sehingga ke hari ini.

Sebagai info, Intan dan Ude Wahid atau nama sebenarnya, Muhammad Radzi Abdul Wahid bercerai pada 22 Mac 2018 selepas 5 tahun mendirikan rumah tangga bersama. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4. Terdahulu, Intan dan Izreen ‘sempat bermadu’ selepas pemuzik bebas itu bernikah dengan Izreen pada 8 Ogos 2017 dalam sebuah majlis tertutup.

Hasil perkongsian hidup Izreen dan Ude,mereka mempunyai seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim,2 dan pelakon itu juga sedang menghamilkan anak kedua mereka yang kini berusia 5 bulan. Menerusi perkahwinan Izreen terdahulu, dia juga mempunyai seorang lagi anak lelaki, Adrian Umar.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : Murai

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *