Kem4tian meningkat, pakar gesa ‘total l0ckdown’, ini penjelasan Ismail Sabri

KEBIMBANGAN orang ramai terhadap peningkatan mendadak kes C.ovid-19 di negara ini, menyebabkan terdapat gesaan supaya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya dilaksanakan.

Bagaimanapun, keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya atau ‘total l.ockdown’ ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, KKM akan membentang dan menasihatkan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Selepas itu baru keputusan dan pengumuman dibuat,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai adakah kerajaan tidak bercadang untuk membuat PKP sepenuhnya atau ‘total lockdown’.

Ini selepas Malaysia sekali lagi merekodkan kes harian tertinggi dengan mencatatkan 6,075 kes baharu positif C.ovid-19 pada Rabu sekaligus menjadi yang tertinggi sejak pandemik itu berlaku Mac tahun lalu.

Beberapa pihak menggesa agar kerajaan melaksanakan PKP sepenuhnya bagi mengurangkan kes kem.atian yang berpunca daripada virus C.ovid-19.

Pakar Kesihatan Awam Fakulti Per.ubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Malina Osman berpendapat, langkah membenarkan sebahagian sektor dibuka telah menyebabkan ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) sehingga menyebabkan kes meningkat mendadak.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *