Bapa Mentua Marsha Men!nggal Dun1a

Bapa mentua kepada penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh telah men1nggal dun1a pada awal pagi Sabtu.

Menerusi laman sosial Instagram, Marsha menyampaikan khabar duk4, bapa mentuanya, Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman telah menghembuskan nafas terakhir.

“Duk4cita ingin memaklumkan bahawa, bapa mentua tersayang, Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman telah kembali ke Rahm4tullah pada hari ini, Sabtu bertarikh 22/5/2021 bersamaan 10 Syawal 1442H

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Madrid Milan London (@marshamilan)

“Marilah kita bersama-sama berdoa agar r0hnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh dan beriman,” tulisnya dalam sebuah entri.

Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya memberikan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Marsha dan suami.

Imbas kembali, Marsha mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam Datuk Seri Mohamed Ismail pada 31 Disember 2015.

Selepas berkahwin, Marsha mengakui lebih selesa dan tidak kekok tinggal di rumah keluarga mentuanya yang seramai 12 orang berbanding duduk berasingan.

Malah, dia turut berkongsi dirinya lebih terdidik dan memudahkan urusannya untuk mendalami ilmu agama Islam sepanjang tinggal bersama keluarga besar itu.

 

Sumber : Gempak

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.