Siti Nurhaliza Bakal Akhiri Tempoh Berpantang, Netizen ‘Geram’ Lihat Foto Terbaharu Muhammad Afwa

Sudah lebih sebulan penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza melahirkan anak keduanya, Muhammad Afwa.

Perkara itu dikongsikan beliau yang juga mesra disapa sebagai Tok Ti melalui satu hantaran di Instagram pada 22 Mei 2021.

Tok Ti menulis ringkas Dah sebulan 3 hari. Alhamdulillah untuk perkongsian tersebut.

Foto yang dimuat naik beliau menunjukkan dirinya berbaju merah sedang memandang Afwa yang sedang tidur lena.

Comel sungguh kedua-dua mereka!

Dalam pada itu, para peminat menyatakan rasa ‘geram’ dengan perkongsian tersebut.

Ini kerana kecomelan yang dimiliki Afwa benar-benar boleh mencuit hati orang ramai yang melihatnya.

Semoga Afwa membesar dengan comel dan sihat ye!

 

Sumber: Instagram Dato’ Sri Siti Nurhaliza

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : hotfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *