‘Lockd0wn’ penuh seluruh negara bermula 1 Jun

PETALING JAYA – ‘Lockd0wn’ penuh melibatkan penutupan sektor sosial dan ekonomi di seluruh negara akan dilaksanakan bermula 1 hingga 14 Jun hadapan.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, keputusan tersebut diputuskan pada sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan C0v!d- 19 yang dipengerusikan Perdana Menteri petang tadi.

Katanya, sepanjang tempoh tersebut semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan MKN.

“Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penul4ran C0v!d-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.

“Setakat hari ini, seramai 2,552 orang telah meninggal dunia akibat wab4k ini dan jumlah kem4tian semakin meningkat.

“Kewujudan varian-varian baharu yang lebih ganas dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi dan pantas juga turut mempengaruhi keputusan hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, peningkatan kes-kes harian yang menunjukkan trend kenaikan secara lebih mendadak sejak mutakhir ini, kapasiti hospital di seluruh negara untuk merawat pesakit C0v!d-19 juga semakin terhad.

Katanya, sekiranya ‘lockd0wn’ fasa pertama itu berjaya mengurangkan kes harian C0v!d-19, pihak kerajaan akan melaksanakan ‘lockd0wn’ fasa kedua iaitu dengan membenarkan pembukaan semula beberapa sektor ekonomi yang tidak melibatkan perhimpunan yang besar serta boleh mematuhi penjarakan fizikal.

Jelasnya, ‘lockd0wn’ fasa kedua ini akan dilaksanakan untuk tempoh empat minggu selepas fasa pertama berakhir.

“Setelah berakhirnya ‘lockd0wn’ fasa kedua, langkah seterusnya ialah memasuki fasa ketiga, iaitu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang berkuat kuasa pada masa ini.

“Dalam tempoh ini aktiviti sosial tidak dibenarkan dengan hampir semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat serta kehadiran secara fizikal di tempat kerja yang dihadkan,” katanya.

Bagaimanapun, keputusan untuk beralih dari satu fasa ke fasa yang berikutnya tertakluk kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) berdasarkan perkembangan kes harian semasa dan kapasiti hospital di seluruh negara untuk merawat pesakit C0v!d-19.

“Kerajaan akan memastikan sistem kesihatan awam di negara kita tidak akan runtuh dan pelbagai sokongan dan bantuan akan diberikan kepada KKM untuk meningkatkan kapasiti hospital di seluruh negara.

“Kerajaan juga akan meningkatkan jumlah pemberian v4ksin dalam tempoh beberapa minggu akan datang dalam usaha untuk menghasilkan imuniti kelompok di negara ini,” ujarnya.

Menurutnya, susulan keputusan kerajaan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial, Kementerian Kewangan akan memperincikan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan dengan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masaterdekat. – K! ONLINE

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: K! ONLINE

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.