Tul4r Dakw4an Sudah Berkahwin Dengan Ahli Politik, Netizen Mula Memb4njiri Instagram Mawar Karim!

Selepas tul4r dakwa4n kononnya sudah berkahwin dengan Ahli Parlimen PAS, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali, laman sosial Mawar Karim mula dib4njiri komen daripada netizen.

Menerusi gossip yang sedang tular di laman sosial itu turut menyatakan Mawar merupakan isteri kedua kepada Dr. Khairuddin.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen, menunggu jawapan dan pengesahan daripada bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar itu.

Bagaimanapun sehingga kini, Mawar masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung dakwa4n terbabit.

Sementara itu Dr. Khairuddin menafikan sudah berkahwin dengan ahli perniagaan berusia 32 tahun itu.

Khairuddin menerusi sebuah kenyataan memberitahu akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu berhubung berita yang sedang hangat diperkatakan itu.

Beliau turut menafikan telah ditahan di Sekatan Jalan Raya (SJR), Perasing, Kemaman semalam (Khamis).

“Saya menafikan telah ditahan di SJR Perasing bersama seorang wanita dikenali sebagai Mawar Abdul Karim,” katanya.

Terdahulu tular sebuah kenyataan di aplikasi Whatsapp mendakwa Mawar Karim dilihat berada dalam kereta yang sama bersama Ahli Parlimen Kuala Nerus itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *