Haqiem Rusli Bakal Berkahwin Hujung Tahun Ini – “Pukul 2 Pagi Dia Umum Dekat IG Live…”

Penyanyi Haqiem Rusly mengejutkan para peminatnya apabila mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya, hujung tahun ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MANAGER – 0136382215 (@haqiemrusli98_)

Berita gembira tersebut dikong Haqiem menerusi sesi live dalam Instagram (IG), kira-kira pukul 2 pagi tadi.

Haqiem berkata, dia tidak berniat menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan peminat dan ahli kelab peminatnya, Qiemilio.

“Saya tidak tahu bagaimana mendapat kekuatan mahu berkongsi soal mendirikan masjid ini. Tetapi, saya percaya perkara baik tidak boleh disembunyikan.

“Cuma, masih belum ada tarikh tepat mengenai tarikh yang bakal berlangsung, hujung tahun ini. Jujurnya, saya pun sudah menghadiri kursus kahwin, tahun lalu,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MANAGER – 0136382215 (@haqiemrusli98_)

Bagaimanapun, Haqiem masih tidak mended4hkan identiti bakal isteri yang sudah dikenali sejak dua tahun lalu itu.

“Siapa calon bakal isteri, biarlah saya umumkan ketika majlis perkahwinan nanti.

“Saya hanya ingin peminat tahu, saya akan berkahwin, tidak lama lagi. Selebihnya, saya akan kongsi nanti,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.