Kanak2 bawah umur 12 tahun tak dibenarkan berada di tempat awam atau fasiliti lain, kecuali atas tiga alasan ini

SEPANJANG tempoh ‘total lockdown’ semua kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah tidak dibenarkan berada di tempat awam atau fasiliti lain, kecuali atas tiga alasan- kecemasan, rawatan, pendidikan atau latihan, menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Di bawah prosedur operasi standard (SOP) kesihatan awam di laman web MKN, dinyatakan bahawa semua kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dilarang berkeliaran di luar, kecuali tiga alasan berkenaan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba pada Isnin berkata rakyat Malaysia harus lebih prihatin, kerana sebanyak 82,341 kes j4ngkitan C0v1d-19 di negara ini melibatkan bayi dan kanak-kanak.

Angka membimbangkan itu didedahkan oleh Dr Adham, yang memaklumkan dari jumlah itu, sebanyak 19,851 kes melibatkan kanak-kanak berusia bawah empat tahun; 8,237 kes (lima hingga enam); 26,851 (tujuh hingga 12) dan 27,402 (13 hingga 17) dan mereka adalah pes4kit C0v1d-19 dalam kategori 1,2 dan 3.

Dr Adham menasihati ibu bapa atau penjaga untuk lebih bertanggungjawab melindungi anak-anak daripada dijangk1ti dan ini termasuk tidak membawa mereka ke tempat yang ses4k.

Menurutnya, walaupun tidak ada peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit 1988 yang membenarkan notis kompaun dikeluarkan kepada ibu bapa yang membawa anak-anak ke tempat ses4k, kertas siasatan boleh dibuka.

14 perkara penting korang perlu tahu sebelum keluar rumah

LEBIH banyak sekatan jalan raya (SJR) akan dilakukan di seluruh negara bermula tengah malam ini berikutan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh atau ‘total lockdown’ bermula 1 Jun hingga 14 Jun ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan 800 SJR sepanjang tempoh dua minggu itu berbanding 600 SJR sebelum ini.

Beliau menjelaskan tujuan SJR itu adalah memutuskan rantaian jangk1tan Cov1d-19 dan memastikan orang ramai tidak keluar rumah tanpa keperluan mendesak.

“Kita wujudkan SJR untuk menyekat pergerakan daerah dan pergerakan negeri. SJR bergerak pula untuk mengawal pergerakan lebih radius 10 kilometer.

“Ada laluan-laluan yang akan ditutup terus. Oleh itu, pihak polis akan memeriksa setiap kenderaan dengan lebih teliti termasuk dokumen-dokumen yang dikemukakan.

“Kita tak nafikan akan berlaku kesesakan di SJR dan lokasi-lokasi tertentu, ini tidak dapat dielakkan. Justeru, orang ramai jika tak ada keperluan mendesak, tangguhkan pergerakan tersebut.

“Beri peluang kepada mereka dalam perkhidmatan perlu untuk melaksanakan tugas mereka. Anda perlu mengatur masa pergerakan masing-masing,” katanya pada sidang media khas, Isnin petang.

Dalam pada itu, Acryl Sani turut memberi nasihat dan peringatan sebelum orang ramai membuat keputusan untuk keluar rumah dan ketika melalui SJR sepanjang tempoh ‘total lockdown’:

1. Hanya dua orang dibenarkan menaiki sebuah kenderaan persendirian termasuk pemandu.

2. Tiga orang dibenarkan menaiki sebuah kenderaan termasuk pesakit bagi tujuan perubatan.

3, Tiga orang dibenarkan menaiki sebuah kenderaan e-hailing termasuk pemandu.

4. Pergerakan hanya dalalam radius 10 kilometer atau berdekatan dari lokasi kediaman bagi tujuan membeli barang keperluan dan perubatan serta penjagaan kesihatan.

5. Kes kecemasan dan kemat1an perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak polis.

6. Urusan sunt1kan vaks1n tidak perlu mendapat kebenaran polis, tetapi perlu menunjukkan bukti janji temu menerusi aplikasi MySejahtera.

7. Semua sektor ekonomi yang dibenar operasi, perlu mendapat surat kebenaran pergerakan baharu daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).

8. Bagi sektor awam, petugas yang perlu bekerja di pejabat perlu mempunyai surat arahan daripada ketua jabatan.

9. Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan atau tujuan kebajikan perlu melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

10. Bagi pembuktian alamat kediaman, individu boleh menunjukkan bukti menerusi kad pengenalan.

11. Individu juga boleh mengemukakan bil-bil utiliti seperti bil elektrik sebagai bukti sokongan.

12. Pasangan jarak jauh (PJJ) tidak dibenarkan untuk merentas negeri/daerah.

13. Rancang dan atur masa pergerakan masing-masing.

14. Beri kerjasama penuh kepada petugas seperti anggota PDRM ketika sekatan jalan raya bagi mengelak kejadian atau isu

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:trendingsangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *