“Kawan, Ingat Bau Perfume Ke?” – Ingatkan Sharnaaz Tak Ada Peluang Tapi Komen Azira Buat Netizen Berharap

Ini bukan pertama kali nama Azira Shafinaz dan Sharnaaz Ahmad menjadi topik bualan h4ngat di media sosial. Malah, nama mereka sering kali digandingkan sejak beberapa bulan yang lepas lagi. Ditambah pula dengan “cuitan” daripada rakan-rakan artis dan kemesraan yang ditunjukkkan di ruangan komen, lagi “meriah” lah warganet berkata-kata.

Terbaru, Azira ada berkongsikan gambar di laman Instagram miliknya di mana dia memegang sebotol pewangi dengan kapsyen “Missing your smell, thank god I have Frederic Malle”. Apa yang menjadi perhatian dan penantian warganet selepas itu adalah komen daripada Sharnaaz. Selalunya, Sharnaaz akan komen pendek-pendek atau berikan emoji menggoda seperti kiss dan sebagainya namun di posting kali ini panjang sedikit komen Sharnaaz.

Selepas membaca kapsyen Azira, Sharnaaz membalas “Not my fragrance and smell”. Rata-rata warganet yang melihat komen Sharnaaz mula-mula agak kecewa dan sudah bersedia untuk “mengundurkan diri” dari berharap dengan hubungan ini namun Azira kemudian dilihat membalas kembali  komen tersebut dengan nama pewangi yang selalu dipakai oleh Sharnaaz.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Azira Shafinaz | DE FAM (@azirashafinaz)

Ini membuatkan warganet kembali bertanya-tanya, “kawan ingat bau perfume ke?”. Sharnaaz kemudian hanya membalas kembali dengan emoji ‘k1ss‘ dan ini menambah kepada pertanyaan ramai.

Kemesraan mereka di media sosial bukan satu perkara yang baru. Malah, jika nak dilihat pasangan ini ramai penyokong dan peminatnya. Rata-rata memang berharap ada “sesuatu” antara mereka. Namun, kedua-dua pihak Sharnaaz dan Azira tidak mahu lagi membuka mulut tentang status mereka. Antara yang menjadi jawapan adalah mereka hanya kawan. Apa pun kita doakan yang baik-baik saja buat Azira dan Sharnaaz. Jika ada jodoh tak ke mana.

Sumber: Azira Shafinaz

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://www.koolfm.com.my/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *