Terbukti Berbaloi Bayar Hantaran Kahwin RM91 Ribu! Cara Didikan Anak Hanis Zalikha Jadi Idola Ibu Muda

“Imagine Yusuf 5 tahun dah hafal sifir! Pergh…so women, jom jadi wanita berjaya so that boleh jadi madrasah yang terbaik untuk anak-anak kita”

Keterujaan bagi setiap mereka yang bergelar ibu bapa menimang cahaya mata kerap dikongsikan bersama rakan dan saudara menerusi laman di media sosial.

Pelbagai perkongsian menarik dalam rutin penjagaan bermula daripada bayi hinggalah anak-anak mencecah dewasa.

Ketika bayi, semua perkara berkaitan anak nampak begitu comel, manja, mencuit perhatian sesiapa saja yang melihat namun, apabila anak menginjak pada tumbesaran yang lebih aktif dan nak4l, perhatian semakin berkurang dan banyak pula keluhan mengenai perilaku anak-anak dari segelintir ibu-bapa.

Memang benar, mendidik dan menjaga anak-anak itu bukan lah kerja yang mudah dan senang, ianya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi selain bijak mengurus dan mengajar mereka menjadi orang yang berguna kepada keluarga dan masyarakat.

Hal yang demikian mungkin menjadi kebimbangan umum apabila berlaku rendahnya kemahuan belajar bagi sebahagian anak-anak pada masa ini yang membuatkan ramai dikalangan ibu-bapa menjadi cemas dan bimbang.

Namun tidak pula apa yang diprakt1kkan oleh selebriti ini, siapa sahaja tidak kenal dengan keterampilan selebriti Hanis Zalikha yang berwajah manis si bujur sireh dan tinggi-lampai ini yang menjadikan dia sebagai pakej sempurna untuknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar)

Mengetahui bahawa anak-anak kepada pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini sememangnya cerdik dan pintar, rata-rata warganet memuji cara didikan yang dibentuk kepada Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah sejak dari lahir lagi.

Biarpun terdahulu, kecoh di laman sosial mengenai nilai wang hantaran Hanis Zalikha saat diijabkabulkan bersama suami kira-kira 6 tahun lalu, terdapat sesetengah individu meyakini bahawa kadar yang diletakkan itu berbaloi dengan kemahiran penjagaan anak yang dimiliki.

“Berkahwin lah apabila sudah mampu”

Apabila berbicara soal kahwin, ramai yang menyifatkan hantaran mas kahwin yang diberikan haruslah bersifat logik dan bukan terlihat seperti “mencek1k darah”.

Hal yang demikian kerana dikatakan wanita kini dilihat mengklasifikasikan wang hantaran dengan nilai berdasarkan taraf akademik calon isteri berkenaan.

Walau bagaimanapun, matlamat sebenar perkahwinan ialah untuk mendapatkan sakinah yang membawa maksud ketenangan dan mawaddah iaitu kasih sayang yang hakiki.

Tujuan mendirikan rumah tangga juga adalah disamping mendapatkan zuriat yang baik, jadi memang tidak dapat disangkalkan lagi kaedah pengajaran oleh Hanis Zalikha  ini amat memberangsangkan.

Faktor motivasi yang kuat juga  membantu menyemarakkan keinginan, keberanian dan kesungguhan dalam mencapai sesuatu matlamat terutamanya dalam sesi pembelajaran anak-anak.

Ia adalah satu cabaran yang benar-benar sukar namun diyakini dan tidak mustahil untuk dicapai.

Betul tu! Bukan senang nak didik anak-anak, apa yang penting jangan pernah mengalah dan sentiasa memberi bimbangan dan dorongan yang baik selain menjadi contoh teladan terbaik buat mereka ini.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Hanis Zalikha

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : hotfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *