Jangan Sibvk Meniaga Semua Benda, Chef Wan Tit1p Pesan Makan Dalam Buat Aliff Syukri

Kata orang bila dah ada otak business, semua benda akan nampak sebagai pulangan yang besar walaupun hakikatnya tak semua yang dibuat akan menemui kejayaan.

Begitu juga apa yang dilakukan oleh usahawan yang turut sudah bergelar jutawan iaitu Dato’ Sri Aliff Syukri yang kini telah mula meniaga bermacam-macam.

Namun nampaknya kali ini, selaku seseorang yang arif dalam bidang masakan, Chef Wan tampil bersuara memberi pesanan pedas penuh nasihat kepada Aliff sendiri berkenaan kualiti makanan yang dikeluarkan oleh syarikatnya itu.

Menerusi posting di laman Instagram miliknya, Chef Wan turut memuat naik satu video pendek menunjukkan pelakon Sharnaaz Ahmad sedang membuat review berkenaan sup yang dijual di bawah nama syarikat Aliff Syukri.

Menurut Sharnaaz, rasa sup berkenaan tidak lah seperti yang digembar gemburkan selama ini kerana rasanya yang agak mengecew4kan.

Disebabkan itu, Chef Wan rasa terpanggil untuk memberi komen peribadinya berkenaan perkara tersebut.

Bagi Chef Wan, beliau mengharapkan agar suatu hari nanti Aliff Syukri dapat melantik seseorang yang lebih arif dalam bidang masakan supaya setiap produk yang dikeluarkan olehnya itu lebih berkualiti.

“Tu la orang nak berniaga makananan pun kav nak juga jual makanan bukan tak boleh kena berhati hati.nJika tak pandai masak kena la pi belajar masak betul2 jika tidak as usahawan dan jutawan yang pakai jam berlian tangan sekali 2 ke tiga ini pergi la invest and engaged the right people to assist his food business.”

Alamak, kalau Chef Wan sendiri dah komen macam tu nampaknya Aliff Syukri kena lah buat sesuatu untuk memperbaiki kualiti jadi lebih baik kan?

Sebelum perniagaan makanan itu gulung tikar dan alami kerug1an, ada baiknya jika diperbaiki dari segi rasa memandangkan sudah ramai yang memberi feedback sama seperti itu.

Sumber foto dan video: Instagram Chef Wan dan YouTube Sharnaaz Ahmad

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : hotfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *