Netizen kagvm usia 21 tak halang Masya Masyitah ‘rajin’ jual biskut raya!

Sebelum ini pernah tular, penyanyi Masya Masyitah berjaya memiliki rumah keduanya. Apa yang membuatkan ramai kagum dengan selebriti ini kerana usia Masya Masyitah yang muda, baru mencecah 21 tahun tapi sudah berjaya mempunyai aset berharga itu.

Sudah bergelar juara disaat usia 14 tahun di rancangan Ceria Popstar musim kedua namun nampaknya selain berjaya sebagai seorang penyanyi, Masya Masyitah juga rupanya turut bergelar usahawan berjaya.

Jika anda pengikut di ruangan Instagram milik Masya Masyitah pasti sudah tahu bahawa dia telah menjual pelbagai biskut raya dan kesedapan biskutnya itu sering mendapat sambutan baik.

Sekali gus berhasil menerima respon pembeli yang suka dengan rasa sedap biskut miliknya itu. Difahamkan Masya Masyitah menjalankan perniagaan itu yang diusahakan bersama ibunya secara dalam talian.

Malah dia juga sentiasa gigih mempromosikan biskut miliknya itu diruangan Instagram peribadinya dengan memuat naik antara jenis biskut-biskut yang dijualnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 玛莎 Masya Masyitah (@masyitah_masya)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 玛莎 Masya Masyitah (@masyitah_masya)

Usaha gigih Masya Masyitah yang rajin berniaga dan mencari sumber pendapatan sendiri membuatkan dia dihujani komen-komen pujian netizen terhadapnya. Sudahlah cantik, rajin pula tu!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : HCL

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *