Wisma Putra sedang kesan Ebit Lew. Ini lokasi terakhir beliau

SHAH ALAM: Kementerian Luar Negeri sedang mendapatkan perkembangan terkini mengenai pendakwah terkenal, Ebit Lew yang kini difahamkan masih berada di Gaza dalam misi kemanusiaan bagi membantu rakyat negara terbabit.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaafar berkata, pihaknya akan memeriksa lanjut tarikh penerbangan pulang pendakwah itu ke tanah air.

“Kami sedang periksa (perkembangan Ebit),” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Pada 25 Mei, Ebit Lew dilapor berlepas ke Mesir untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan dengan menyampaikan sumbangan kepada rakyat Pal3stin yang terjejas akibat ser4ngan Isr4el.

Kamarudin dalam satu kenyataan pada 26 Mei lalu memaklumkan misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin yang dirancang oleh delegasi Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew itu mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa.

Menurutnya, segala persiapan dan persediaan dilakukan oleh pihak Ebit Lew sendiri, menerusi kerjasama rapat dengan rakan NGO di Mesir.

Bagaimanapun, tindakan Ebit Lew tidak mengemas kini laman sosial miliknya sejak berlepas ke Mesir menimbulkan kerisauan buat masyarakat negara ini khusus pengikutnya.

Pada Khamis, penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memaklumkan bahawa Ebit Lew berada dalam keadaan baik setelah berjaya menghubunginya melalui aplikasi WhatsApp.

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dilaporkan akan pulang dari misi kemanusiaan bagi membantu rakyat Palestin dalam masa terdekat.

Gambar yang dimuat naik di Facebook Ebit Lew pada 27 Mei lalu memaklumkan beliau akan bergerak ke Gaza bagi menghantar bantuan barang keperluan asas dan ubat-ubatan. – Foto Facebook/Ebit Lew

Pantau Secara Dekat

Terdahulu Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan, misi kemanusiaan Ebit dan delegasinya itu berjalan dengan lancar dan sentiasa memberikan perkembangan tentang misi tersebut.

“Saya memang berkomunikasi dengan Ustaz Ebit setiap hari bagi memantau perkembangan misi tersebut.

“Misi beliau berjalan dengan lancar dan beliau turut membantu kita untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi di sana.

“Jadi kita pantau secara dekat, dan saya percaya beliau bersama delegasi selamat dan akan pulang dalam masa terdekat,” ujarnya dalam satu perkongsian di Facebook pada Selasa.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, segala maklumat yang diterima mengenai misi tersebut akan dikongsi kepada umum dari semasa ke semasa.

Hishammuddin dalam satu sidang media secara atas talian selepas pelancaran kempen Humanitarian Aid Fundraising From Malaysia, For Palestin juga memaklumkan pihaknya sempat bertanya maklum balas daripada delegasi berkenaan mengenai bantuan yang benar-benar diperlukan oleh rakyat Palestin ketika ini.

“Sebab itu gerakan-gerakan yang ikhlas dan tidak ada kepentingan lain, usaha sebegini Kementerian Luar Negeri tak teragak-agak untuk terus membantu,” jelasnya.

Ebit sebelum ini dilapor berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan dengan menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata pendakwah berkenaan ke Mesir untuk misi berkenaan bermula 25 hingga 30 Mei. – Astro Awani

Sama-sama kita doakan Ustaz Ebit Lew selamat pulang ke tanah air

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: http://limauasamboi.pw/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *