“Aku Pun Naik Persona Je” – Kereta Dah Mahal, Lelaki Kantoi Mencvri Di Pasar Raya Mini Milik Cristina Suzanne

Pelakon Cristina Suzanne bertindak mendedahkan identiti seorang lelaki yang dipercayai mencuri di pasar raya mini miliknya, Glenn’s Grocery.

Cristina menerusi ruangan Instagram Story turut mendedahkan barangan yang dicuri lelaki terbabit seperti 24 bungkus milo 3 in 1, 26 bungkus milo, 18 bungkus Nescafe 3 In 1, sembilan botol Nescafe Gold dan 14 bungkus coklat Cadbury.

Menurut Cristina lelaki tersebut bijak menjalankan kegiatan tersebut apabila memasukkan kesemua barangan yang dicuri ke dalam kotak air mineral.

“Keluarkan mineral water dan susun cun-cun dekat rak. Kemudian kotak kosong tu dia isi barang-barang yang dia ambil.“Lepas tu kau bayar mineral water je? Baik punya acting! Meh aku kasi kau famous bro!,” katanya.

Dalam pada itu Cristina turut berpesan kepada pemilik-pemilik kedai runcit lain supaya berhati-hati dengan lelaki tersebut.

“Kedai-kedai runcit yang lain sila ambil perhatian modus operandi ini. Style mencuri dalam kotak. Kepada semua yang ada kedai runcit berhati-hati, check kotak tu dulu,” pesannya.

Difahamkan Cristina yang turut menerima ugutan daripada lelaki terbabit akan membuat laporan polis hari ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: https://gempak.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *