[VIDEO] Suami Memb3bel Tolong Isteri Cabut Pin Rambut, “Ingat Senang Ke…”

Lelaki tersebut dilihat membantu isterinya membuka pin hiasan di rambut selepas selesai majlis kahwin. Namun gelagatnya ini mencuit hati ramai apabila dia dilihat sempat memb3bel sambil membantu si isteri ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu dilihat membantu si isteri membuka pin hiasan di rambut. Sebagai ratu sehari, pastinya banyak pin rambut yang digunakan untuk memastikan rambut terletak cantik.

Sebaik saja lelaki itu melihat jumlah pin yang begitu banyak digunakan, dia sempat membebel pada si isteri yang pada awalnya mengadu sakit kepala.

Walaupun terkejut dengan jumlah pin rambut yang digunakan, suami tersebut tetap gigih membantu si isteri meleraikan ikatan rambutnya itu.

Meninjau di ruangan komen, gelagat si suami ini turut mencuit hati netizen. Malah ada juga yang berseloroh kebanyakan lelaki selalunya pasti terkejut apabila melihat hiasan yang digunakan isteri selepas majlis kahwin selesai.

“Ingat senang ke nak unboxing.”

“Kenapa aku yang sakit kepala…”

“Sweet and comel je…”

“Suami geleng kepala cari pin lain…”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://himpunanceritalawak.com/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *