TERKINI: Kerajaan Dengar Suara Rakyat, Bantuan Moratorium & i-Sinar Akan Diumum Dalam Masa Terdekat – Tengku Zafrul

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, keputusan tersebut dibuat hasil perbincangan bersama Perdana Menteri dan agensi-agensi yang berkaitan.

Beliau memaklumkan sedemikian menerusi satu kenyataan ringkas di Facebook rasminya sebentar tadi.

“Salam semua. Saya sudah berbincang dengan PM dan agensi-agensi berkaitan. Kerajaan mendengar suara rakyat dan bantuan yang wajar akan diumumkan dalam masa terdekat, InsyaAllah,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Isu berkaitan lanjutan bantuan moratorium dan i-Sinar menjadi perhatian ramai sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) diumumkan oleh kerajaan pada 10 Mei yang lalu.

Sumber: FB Tengku Zafrul

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : sk

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *