“Kalau macam ni hari2 aku nk vaks1n” -Kec0h Daiyan Trisha Jadi Sukarelawan Buat Ramai Minta Nak Tukar Venue Ke PPV UKM

TEMPOH lockdown yang berpanjangan nampaknya membuka ruang kepada lebih ramai selebriti tempatan untuk menyumbang tenaga sebagai sukarelawan Program Imunisasi Cov1d-19 Kebangsaan (PICK).

Terbaharu pelakon Daiyan Trisha menjadi tumpuan netizen selepas berkongsi aktiviti hujung minggunya di media sosial apabila menjadi sukarelawan di Pusat Pemberian Vaks1n (PPV) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menyedari hal itu, para peminat aktres tersebut dilihat semakin tidak sabar untuk mendapatkan sunt1kan vaks1n masing-masing dengan ada yang turut berharap agar diberi peluang untuk menukar lokasi bahan pelali berkenaan.

Alaaa nak cucuk vaks1n kat UKM la mcm ni.

“Macam mana nak request tukar venue for second dose? Hahahaha.

Perkongsian Daiyan di Instagram miliknya.

Yay Daiyan kat UKM, Cantik! Makin ramai la orang daftar vaks1n lepas ni. Kalau macam ni hari-hari aku nak vaks1n,” demikian antara komen lucv netizen.

Mengulas mengenai reaksi lucu itu, Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 28, berkata dia tidak menyangka menerima respons yang positif daripada netizen.

Ujar Daiyan sudah lama dia menyimpan hasrat untuk menyertai inisiatif Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac) bagi membantu petugas barisan hadapan.

“Kelakar juga apabila baca komen-komen netizen, namun hakikatnya sebelum saya sertai sebagai sukarelawan pun sudah ramai yang ada kesedaran nak ambil vaks1n.

Vaks1n sangat penting… lagi ramai orang ambil vaks1n, lagi cepat kita boleh kembali kepada kehidupan normal.

DAIYAN TRISHA

PELAKON

“Tapi mungkin belum berkesempatan dan masih menunggu panggilan di aplikasi MySejahtera. Apabila saya join mungkin ia boleh beri lebih kesedaran kepada orang ramai.

“Kalau mereka jadi lebih bersemangat nak datang ambil vaks1n kerana Daiyan kat sana… kira bagus la. Sekurang-kurangnya dapat menyeru rakyat Malaysia untuk ambil vaks1n. Alhamdulillah jika itu dapat membantu,” katanyanya kepada mStar.

Menurut Daiyan, tujuannya menyertai sukarelawan MyVac adalah untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang pentingnya pengambilan vaks1n.

Daiyan ingin memberi kesedaran berhubung vaks1n kepada orang ramai.

Dia yakin pengambilan vaks1n boleh mencegah jangk1tan Cov1d-19 serta berupaya memulihkan ekonomi negara.

“Sebelum ini pun memang saya dah selalu share dekat Twitter untuk ajak orang pergi vaks1n, agak aktif la.

“Vaks1n sangat penting. Lagi ramai orang ambil vaks1n, lagi cepat kita boleh kembali kepada kehidupan normal.

“Tolong dapatkan vaks1n dengan segera sebab sangat penting untuk memulihkan negara dan ekonomi,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.