“Ti4da Sesi Ambil Gmbar,” Tind4kan Angg0ta P0lis HuIur Bantuan R4ih Pujian

Keadaan sesetengah rakyat Malaysia yang dirundung kesusahan ketika ini telah membuatkan banyak pihak terpanggil untuk memberi bantuan.

Dari insitusi kerajaan sehinggalah mereka yang bukan kerajaan (NGO) semuanya saling bersatu padu memberikan sumbangan bagi meringankan beban penduduk di Malaysia tanpa mengira kaum, agama ataupun kepercayaan.

Polis hulur bantuan

Oleh itu, menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi bekas perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, satu video anggota polis memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan telah mendapat perhatian ramai.

Menerusi video itu lagi, dapat dilihat bonet kereta peronda polis itu penuh dengan barang-barang makanan untuk diagih-agihkan kepada mereka yang berada di kawasan itu.

Kapsyen yang disertakan dalam posting berkenaan juga turut memuji inisiatif yang dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memberi bantuan kepada orang awam selaras dengan prinsip yang mereka tegakkan, “polis dan masyarkat berp1sah tiada.”

Jasa & bakti mereka sagat dihargai

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen positif keatas usaha yang dilakukan pihak berkuasa terbabit dalam membantu orang awam yang sedang kesusahan.

Mereka juga berharap agar tindakan sebegitu memberi contoh kepada orang lain untuk sama-sama menghulurkan sumbangan kepada keluarga atau individu yang sedang susah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Rasa bangga jika semua polis macam ni

Semoga kebaikkan mendapat ganjaran

Tak ambil gambar pun bagi sumbangan

Sumber: Facebook Najib Razak

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.klmetro.pw/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *