Lelaki buat konsert dengan koleksi kaktus mainan, “Patutla sold out…”

Permainan patung ‘dancing cactus’ adalah satu produk viral yang telah menjadi kegilaan bukan sahaja kanak-kanak tetapi juga orang dewasa.

Apa tidaknya, kebolehan patung itu untuk mengajuk suara orang dan menari tentunya membuat hati terhibur di samping memecahkan kesunyian di rumah, sehinggakan ada yang ‘diganggu’ patung itu apabila ia mula berbunyi sendiri.

Berat 4.1g Dengan Audio Berkualiti Tinggi? Sebab-Sebab Anda Perlu Dapatkan HUAWEI FreeBuds 4 Untuk Suasana WFH!

Walau bagaimanapun tiada siapa yang lebih meminati kaktus mainan itu dari seorang pengguna TikTok ini yang mempunyai lebih dari satu patung sahaja di rumahnya.

Jika sebelum ini dia pernah tular kerana membeli 12 patung berkenaan untuk dijadikan peneman, kali ini individu atas nama Fayad Gojez itu telah menambah koleksinya sehingga 100 kaktus.

Dalam video yang dikongsikannya baru-baru ini, lelaki tersebut dilihat berdiri di atas tangga sambil memegang sebuah kaktus mainan itu sebagai mikrofon seolah-olah ingin membuat konsert.

Dengan menggunakan audio konsert Siti Nurhaliza, lelaki itu kemudian menunjukkan koleksi patung kaktusnya yang disusun di atas tangga seperti ahli koir, menimbulkan dekah orang ramai.

“Satu pun ser4m…”

 

Video yang telah meraih lebih satu juta tontonan di TikTok dan turut tular di Twitter itu mengundang ramai cuba membuat kira-kira berapa wang yang dikeluarkan untuk kesemua kaktus itu.

Namun dia menjelaskan bahawa kaktus itu dibeli bukan untuk koleksi peribadi sebaliknya dia menjadi suplier menjual produk tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : HCL

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.