Zarina Anjoulie Dan Zoey Rahman Dikatakan Bercinta? Peminat Doa Mereka Disatukan , Harap Bukan Gimik ‘Marketing’

Kuala Lumpur: “Tahu tak berapa lama aku tunggu nak dengan dia (Zoey Rahman) tu?” kata pelakon Zarina Anjoulie, 35, yang menjawab komen peminat ketika membuat sesi siaran langsung di Instagram.

@nfs12__

bau nasi minyak lagi

♬ เสียงต้นฉบับ – Na͜͡y乛٭ – Na͜͡y乛٭ [เน]

Menerusi potongan video dari sesi itu yang kemudian dimuat naik di akaun aplikasi TikTok @nfs12__ , Zarina berkata, Zoey, 36, seorang yang ‘cute’ (comel) dan baik.

Dalam masa sama, Zarina yang juga ibu tunggal kepada seorang anak turut berkongsi bagaimana dia dan Zoey kembali bertemu.

“Dia sangat ‘cute’. Nak tahu, masa waktu muda dia lagi ‘cute’ dan sekarang pun lagi ‘cute’. Dia sangat baik.

“Selepas bercerai dengan Yas, kami berhubungan semula. Kebetulan temujanji kami di sebuah klinik rawatan kecantikan pada hari sama. Jadi kami jumpa dan dari situ mulalah balik.

“Korang (anda) cakap macam tak percaya, sebab saya ‘loud’ (lantang), Zoey macam tu. Ada saja ‘ex’ (bekas kekasih) saya yang lembut macam Zoey, yang aku ‘loud’. Takkan nak dua-dua ‘loud’,” katanya.

Menerusi dua video itu, pelbagai komen ditulis peminat Zarina. Kebanyakannya mendoakan hubungan Zarina dan Zoey berlangsung dengan baik.

Pengguna akaun @ziana_ismail mendoakan Zarina dan Zoey kekal ke jannah.

“Moga hingga ke jannah Anju dengan Zoey. Amin. Mari kita aminkan ramai-ramai,” katanya.

Sementara itu, pengguna akaun @markeunwoo turut gembira dengan berita itu.

Bagaimanapun, pengguna akaun TikTok @anylz15 berharap hubungan itu bukan sekadar gimik dan strategi pemasaran produk jualan mereka.

“‘I am sorry to say but’ macam mak dengan anak. Harap bukan untuk ‘marketing’ (pemasaran produk) lah. Harap juga kali ini sampai ke jannah. Amin,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : hmetro, tiktok @nfs12__ 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *