Wanita Kongsi Gambar Bersama Kucing Setiap Hari Selama Setahun Raih Perhatian Rmai

Bagi pemilik kucing, pastinya anda banyak merakamkan gambar dan video bersama kucing anda sebagai kenangan. Bukan saja dapat disimpan sebagai kenangan, ianya juga boleh disimpan sehingga bertahun-tahun lamanya untuk dikenang sebagai memori dalam hidup anda.

Sama macam yang dilakukan oleh wanita ini apabila dia memilih untuk mengambil video bersama kucing peliharaannya ini. Apa yang menariknya ialah dia berusaha mengambil video mereka selama setahun bermula dari kucing itu kecil sehinggalah sekarang.

@itstahminaaziz

he clearly has had a enough with this after a year #kitten #cat #onedayvsoneyear #grownup #catsoftiktok #cattok

♬ Thot Shi x Rich Girl by Altego_music – ALTÉGO

Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita itu memperkenalkan kucingnya yang diberi nama Zorro ini. Pada hari pertama, kucing itu masih lagi kecil dan boleh diangkat dengan mudah menggunakan satu tangan sahaja.

Dia kemudiannya berkongsikan perubahan Zorro pada minggu kedua sehinggalah akhirnya membawa kepada usia setahun bersama kucing itu. Lebih mencuit hati, kucingnya juga turut memberikan reaksi muka pasr4h setiap kali merakamkan perjalanan mereka itu.

gambar kucing

Setelah setahun bersama kucingnya itu, dapat dilihat perbezaan yang ketara pada kucing itu berbanding pada hari pertama dia bergambar dengan wanita itu. Video itu juga turut menarik perhatian ramai apabila ianya meraih lebih sejuta tontonan setakat ini.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama terpukau melihat perubahan kucing itu dari kecil sehinggalah dewasa. Ada juga yang memuji kegigihan wanita itu dalam merakamkan memori kenangannya bersama kucing itu.

“Kenapa kucing nampak grumpy bila makin tua…”

wanita kongsi gambar

“Comelnya…”

kucing

“Cepatnya dia membesar.”

komen

“Muka pasrah je lepas setahun.”

tik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *