
Bilionair Jeff Bezos telah bertolak ke angkasa lepas pagi semalam (20 Julai) dalam pengembaraan bersejarah menaiki kapal roketnya, New Shepard.
Pengasas Amazon itu bertolak dari Texas, Amerika Syarikat dalam penerbangan selama 11 minit untuk ke garisan Karman iaitu sempadan atmosfera Bumi dengan angkasa lepas pada ketinggian 100 kilometer dari paras laut Bumi.
Watch the moment Jeff Bezos and three others launched into space on Tuesday, fulfilling a goal more than 20 years in the making. https://t.co/0F9yD59Xwn pic.twitter.com/cMXEIIhQTn
— The New York Times (@nytimes) July 20, 2021
Penerbangan tersebut merupakan penerbangan ke-16 buat kapal roket berkenaan, tetapi kali pertama ia membawa manusia.
Dalam temubual sebelum berlancar, Bezos mengucapkan terima kasih kepada pekerja dan pelanggan Amazon kerana ‘membiayai’ pengembaraannya itu.
.@JeffBezos speaking truth after successful #BlueOrigin flight:
“I also want to thank every Amazon employee and every Amazon customer because you guys paid for all of this.” https://t.co/hMS01eRzMs pic.twitter.com/3CueAOX9M8
— Dan Linden (@DanLinden) July 20, 2021
Lelaki berusia 57 tahun itu merupakan orang kedua dalam dunia untuk menaiki roketnya sendiri ke angkasa selepas Richard Branson, pengasas Virgin Group. Bezos juga dilaporkan berkata bahawa berada dalam persekitaran ‘Zero-G’ adalah mudah seperti berenang.
Blue Origin video from inside the New Shepard capsule in space:
Jeff Bezos: “Who wants a Skittle?” pic.twitter.com/SUO6sAYZAE
— Michael Sheetz (@thesheetztweetz) July 20, 2021
Bersama Bezos dalam New Shepard adalah adiknya Mark, Wally Funk, seorang juruterbang wanita yang telah menjalani ujian angkasawan pada tahun 1960an tetapi tidak dipilih ke angkasa kerana hanya lelaki dibenarkan pada zaman itu, dan seorang pelajar jurusan Fizik yang mengambil tempat pemenang asal kerana terlalu sibuk untuk mengikuti pengembaraan itu.
It's been a couple of hours now and Jeff Bezos and his crew don't seem to be showing any adverse side effects… pic.twitter.com/cBH5lskr8v
— christhebarker (@christhebarker) July 20, 2021
Walaupun pengembaraan Bezos tersebut meraih pelbagai pujian, ramai yang turut tidak ingin lelaki terkaya di dunia itu balik ke Bumi.
Sebuah petisyen yang diadakan sejak Bezos mengumumkan rancangan pengembaraanya itu telah mengumpul sebanyak hampir 200,000 tandatangan yang setuju dia patut tinggal di angkasa lepas dan tidak perlu dibenarkan kembali.
Nearly 165K people sign online petition for Jeff Bezos to stay in space https://t.co/eS2rR3fZCG pic.twitter.com/9E6S5jKQPd
— New York Post (@nypost) July 20, 2021
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : HCL