Ramai DM Caprice minta maaf, penjelasan Nadir Al-Nuri buka mata kisah Ebit Lew -“Allah bantu terangkan bagi pihak Caprice pula”

CERITA belakang tabir seperti dided4hkan seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Semenanjung G4z4 iaitu Nadir Al-Nuri akhirnya memberi sedikit ‘kekuatan’ kepada Caprice untuk terus bersuara.

Semangat Caprice atau Ariz Ramli, 33, kembali berkobar-kobar selepas dia dihujani dengan mesej di Instagram daripada netizen yang tampil memohon maaf kepadanya.

Ia berlaku susulan pendedahan Nadir atau Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta G4z4 Malaysia tentang misi kemanusiaan ke G4z4 oleh personaliti dakwah, Ebit Lew.

“Alamak banyak sangat DM (mesej langsung) minta maaf secara tiba-tiba. Dengan post ni Caprice nak cakap… kita terus terang maafkan semua yang c4ci, m4ki kita.

AAAAa

Netizen tampil memohon maaf kepada Caprice.

“Cara Caprice tetap salah dan Alhamdulillah juga sebab sejak kita viral, Caprice banyak belajar tentang kes4baran, peju4ng dan P4l3st1n.

“Tak mengapa guys, Islam ajar kita untuk minta maaf apabila silap dan maafkan orang,” katanya menerusi rantaian posting di Istastory pada Rabu.

Cara Nadir matang, cara Caprice salah sebab terlalu dengan em0si dan m4rah.

CAPRICE

PENYANYI RAP

Caprice turut berkongsi beberapa mesej permohonan maaf daripada netizen.

“Kebenaran mula berlaku, saya minta maaf kerana berprasangka buruk terhadap anda, Cap. Semoga Allah berikan syurga untuk anda, bro.

“Saya minta maaf juga Cap, semoga Allah permudahkan urusan.

“Alhamdulillah untuk penerangan Nadir. Lihatlah Allah dah bantu untuk terangkan bagi pihak Caprice melalui tuan Nadir. Semoga Allah lindungi anda,” tulis beberapa netizen.

186472558_4283824908314388_9059764443584042114_n

Ebit ketika mengikuti misi kemanusiaan untuk rakyat G4z4, baru-baru ini.

Pada Selasa, Nadir tampil membuat penjelasan panjang lebar berhubung misi kemanusiaan membabitkan Ebit menerusi saluran Telegram miliknya yang antara lain menyentuh mengenai cara pasukan pendakwah itu melaksanakan misi berkenaan.

Bagaimanapun ujar Nadir dia tidak menyimpan perasaan iri hati terhadap Ebit, namun menjadikan perkongsian itu sebagai satu iktibar dan pedoman untuk semua pihak.

Susulan penjelasan Nadir, Caprice juga berkata dia akan meneruskan sesi Instagram live seperti yang dijanjikan bagi mended4hkan tentang apa yang sebenarnya berlaku.

“Cara Nadir matang, cara Caprice salah sebab terlalu dengan em0si dan m4rah.

“Harap selepas IG live pada pukul 10 malam ni, kita semua dapat tutup buku dan jalan terus ke depan,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *