Tak Jadi Berp1sah Kerana PKP, Kembali Menyulam Cinta Walaupun Setahun Duk Asing

Antara hikmah PKP sebenarnya adalah peluang terbaik untuk bertenang, khususnya pasangan suami isteri yang pernah berniat berpisah dan bawa haluan masing-masing. Hal ini kerana, mahkamah syariah juga menangguhkan semua prosiding perbicaraan sepanjang arahan kerajaan itu dilaksanakan.

Setahun dok asing, 5 kali masuk mahkamah…Perbicaraan tangguh, akhirnya sambung ke hati suami


Samalah seperti kisah usahawan dikenali sebagai Nur Amirah ini. Meskipun setahun tidak duduk sebumbung dengan suaminya, namun hikmah PKP perbicaraan ditangguhkan dan mereka akhirnya berdamai semula. Lengkap beraya satu keluarga Aidiladha lalu, dia turut berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan rumah tangga mereka.

Sebelum apa-apa, I buat istikharah…suami pula masih bersungguh pertahankan hubungan


Mengulas bagaimana hatinya kuat untuk bersatu kembali, Nur Amirah menjelaskan soal hati Allah yang pegang. Namun begitu, dia selalu amalkan solat istikharah bagi memohon petunjuk sebelum buat sebarang keputusan. Di samping itu, suaminya juga masih bersungguh-sungguh mempertahankan hubungan keluarga yang terbina.

“Aku ingin selalu di sini & engkau adalah isteriku satu-satunya tak tergantikan…hingga syurga tempat kita berkumpul lagi”

Dalam pada itu, saudara Muhd Hilmi Che Azman atau lebih dikenali sebagai El Azman juga bersyukur apabila rumah tangganya berjaya diselamatkan.

Jangan lupa like, share dan komen yang baik-baik ya. Terima kasih.

Sumber: IG nuramirah11

Pasangan jarak jauh boleh rentas negeri

Pergerakan rentas negeri dan daerah dibenarkan bagi pasangan jarak jauh dalam Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kebenaran itu tertakluk kepada kelulusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Ramai yang mahu mendengar mengenai pergerakan rentas negeri dan daerah oleh pasangan jarak jauh. Malah, saya sendiri ada menerima rayuan berhubung perkara ini.

“Jadi fasa dua ini, kita membenarkan rentas negeri dan daerah kepada pasangan jarak jauh tetapi hanya bagi kes kecemasan dan keperluan khas dengan kelulusan PDRM,” katanya pada sidang media bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz secara maya hari ini.

Ismail Sabri berkata, kes kecemasan dan keperluan khas adalah seperti isteri bersalin atau isteri yang mempunyai bayi dan memerlukan kehadiran suami.

Dalam pada itu, beliau berkata, Mahkamah Jenayah dibenarkan beroperasi dalam fasa satu PPN dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perincian SOP berhubung kebenaran itu akan diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

“Kerajaan memutuskan untuk membenarkan mahkamah jenayah termasuk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) beropasi berikutan permohonan pendaftar Mahkamah Persekutuan yang memaklumkan jika kes tidak dilaksanakan, akan berlaku kesesakan dalam lokap dan penjara.

“Jadi, atas sebab itu kita membuat pertimbangan dan memberi kebenaran kerana bimbang berlaku kes jangkitan COVID-19 dalam penjara atau lokap seperti yang berlaku pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dahulu, katanya.

Katanya, kerajaan juga membenarkan firma peguam beroperasi sepanjang tempoh berkenaan.’

Mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang membabitkan beberapa mukim di Selangor, Ismail Sabri berkata, kerajaan membenarkan aktiviti penanaman padi dilakukan seperti di Ijok dan Kuala Selangor.

“Ini adalah untuk kelangsungan rantaian bekalan makanan, maka kita membenarkan aktiviti penanaman padi serta rantaiannya di kawasan PKPD,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:limauasamboi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *