“Mintak Iph0ne 12 Tapi Dapat..” Sempena Hari Lahir ke-11 Anak, Ibu Beri J4mbangan Bunga Dvit Bernilai RM11,000

Setiap kali tiba hari lahir, pasti ramai yang ternanti-nanti ucapan serta hadiah daripada insan tersayang termasuk keluarga dan rakan-rakan.

Begitulah seperti kisah kanak-kanak ini yang telah menerima kejutan hadiah berbentuk jambangan bunga gergasi dipenuhi duit berjumlah RM11,000 daripada kedua ibu bapanya.

Tak sangka dapat surprise

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh @azieawi di aplikasi TikTok, ibunya berkongsi momen gembira sewaktu anaknya menerima jambangan bunga gergasi tersebut.

@fazzysglobalhq

Selamat hari lahir syg..Maaf sbb xdpt tunaikan hajat nk ip12🙏🏻#fypシ #viral #foryou #birthdaygirl #11year

♬ selamat ulang tahun – a p r i l

Minta iPhone 12, ganti dengan RM11,000

Menurut si ibu, sebelum ini anaknya itu pernah meminta hadiah iPhone 12 dan kek namun dia terpaksa ‘menolak’ permintaan tersebut kerana tidak mampu dan tiada kedai yang menerima tempahan kek saat akhir. Kanak-kanak itu juga reda sekiranya tiada hadiah pada hari lahirnya.

Namun begitu, si ibu sebenarnya telah bercadang untuk membuat kejutan secara senyap-senyap dengan menghadiahkan bunga duit berjumlah RM11,000 sempena ulang tahunnya yang ke-11.

@fazzysglobalhq

Maafkan umi sbb umi abaikan adik..6 thun umi struggle cri duit utk kesenangan adik..umi buat smua ni hanya utk adik..#fypシ #viral #foryou #BTS

♬ Denting – Fadhilah Intan ✨

Sebaik sahaja menerima kejutan itu, kanak-kanak itu dilihat menangis dan mengalirkan air mata kerana begitu terharu dengan hadiah tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa gembira saat menyaksikan reaksi kanak-kanak itu. Dalam pada itu, mereka berharap agar dia akan membalas jasa ibunya kelak.

Untunglah dapat surprise

RM50 pun susah nak dapat

Hargailah mak ayah

 

Sumber: TikTok @azieawi

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://www.rosemerah.dnqj.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *