“Bukan Seratus Atau Seribu Tapi 100Ribu..” -TMJ Bakal Agih Ke Seluruh Negeri Johor

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima sebanyak 100,000 kit ujian antigen C0V1D-19 yang akan diagihkan ke seluruh negeri berkenaan untuk tujuan saringan.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Bukit Pelangi pada Isnin, Tunku Ismail berkata, kit ujian berkenaan dapat digunakan bagi meningkatkan kapasiti saringan bagi pengesanan C0V1D-19 yang lebih efektif.

“Kit ujian kendiri ini akan membantu dalam usaha mengawal penul4ran w4bak C0V1D-19 dan mengenal pasti tempat-tempat hotspot.

“Kita perlu meningkatkan lagi, ‘Test, Trace and Vaccin4te’ jika imuniti kelompok ingin dicapai secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Sebelum ini, Tunku Ismail mengarahkan agar program vaksinasi di semua daerah di negeri itu diberi keutamaan supaya imuniti kelompok boleh dicapai secepat mungkin.

Tunku Ismail turut menasihati agar proses logistik pengedaran vaksin ke Pusat Pemberian V4ks1n (PPV) dipercepatkan dan supaya bekalan v4ks1n di PPV sentiasa mencukupi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *