Kucing Selamba Tolak Anak Ayam Sebab Bis1ng, “Muka Tak Bersal4h…”

Kalau bercakap tentang kucing berwarna oren, tentunya ramai dah cukup tahu dengan perangai nakal mereka ini. Berbanding kucing lain, kucing berwarna oren atau si oyen ini lebih nakal dan unik serta selalu melakukan perkara-perkara di luar jangkaan.

Sama macam yang dikongsikan tentang gelagat oyen ini yang dilihat sedang bermain dengan dua ekor anak ayam. Namun plot twist di penghujung video berjaya membuatkan netizen berdekah melihatnya.

@knalpotbecak

mana masih kecil😭 #showrandomvideofromyourgallery #catsoftiktok #fypシ #xyzbca

♬ show random video from your gallery – ◡̈

Di dalam video yang dikongsikan ini, kucing itu dilihat sedang bermain dengan dua ekor anak ayam di atas katil. Segalanya nampak seperti normal sahaja malah si oyen siap terbaring di atas katil sambil anak ayam itu berkeliaran di sebelahnya.

Seperti biasa, anak ayam yang masih kecil pasti akan mengeluarkan bunyi bising dan tidak henti-henti bercakap dalam bahasa mereka. Mendengarkan bunyi bising dari anak ayam itu, kucing itu kemudiannya bangun dari tempatnya dan memerhatikan anak ayam itu.

oyen

Tidak lama kemudian, kucing itu dengan selambanya menolak anak ayam itu ke tepi sehinggalah dia terjatuh dari katil itu. Aksi selamba si oyen ini turut membuatkan pemiliknya menjerit terkejut gara-gara anak ayam yang hilang dari pandangan itu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut berdekah melihat gelagat selamba si oyen ini. Malah ada yang berseloroh mungkin juga kucing itu tidak tahan dengan bunyi bising dari anak ayam itu yang tidak henti-henti bercakap.

“Anak ayam: Apa salah aku oyen.”

kucing selamba

“Kucingnya tertekan dengan suara ayamnya.”

kucing

“Oyen buat masalah…”

komen

“Dengan muka tak bersalah.”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.