Anak Kucing Tertidur Masa Makan Bikin ‘Ger4m’, “Mengantuk Tapi Mau Makan…”

Telatah anak kucing semasa di dalam proses membesar tentu saja sering kali menjadi penghibur bagi pemilik kucing. Sama seperti telatah seekor anak kucing yang menarik perhatian ramai ini apabila dia tertidur di mangkuk makanan ketika sedang makan.

Gelagat comelnya ini turut membuatkan rata-rata netizen ‘ger4m’ melihat kecomelannya ini. Ada juga yang menganggap mungkin juga anak kucing itu berasa terlalu mengantuk namun masih lagi mahu makan dalam masa yang sama.

@honeyzone_langkawi

Budak tecik nie makan sampai terlena ha… igt dok buat apa lama sangat.. 😅😅 dekat bowl

♬ original sound – Honeyzone Langkawi

Di dalam video yang dikongsikan ini, anak kucing itu dirakamkan sedang menjamu selera bersama kucing-kucing yang lain. Tanpa disedari oleh pemiliknya, kucing itu sebenarnya sudah tertidur di situ dengan keadaan kepalanya yang terlent0k pada bekas makanan itu.

Sebaik saja sedar tentang kejadian itu, pemiliknya kemudian segera mengejutkan anak kucing itu untuk menyedarkannya. Lebih mencuit hati, anak kucing itu masih lagi dalam keadaan yang mam4i dan tidak sedar dari tidurnya.

kucing

Tidak lama kemudian, kucing itu akhirnya terlentok di lantai gara-gara terlalu mengantuk. Telatah comelnya ini turut membuatkan pemilik kucing itu berdekah melihatnya.

Di ruangan komen, netizen juga turut terhibur dengan gelagat comel dari anak kucing ini. Ada juga netizen yang berselor0h mereka dapat memahami perasaan anak kucing itu yang lebih mengutamakan makanan walaupun dalam keadaan mengantuk.

“Dia mengantuk tapi mau makan juga…”

anak kucing

“Penat sangat tu main tadi, makan pun nak tidur.”

mengantuk

“Tengah bangun sahur lah tu.”

komen

“Lapar pun ya, mengantuk pun ya so inilah hasilnya.”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *