Rezeki gadis usia 20 tahun… ‘target’ nak beli Axia, tak sangka mampu miliki Mercedes – “Saya belajar di universiti sebulan je”

IMPIAN tanpa usaha dan kerja keras pasti tidak akan membuahkan hasil.

Begitulah yang dibuktikan gadis berusia 20 tahun ini apabila dia berjaya mengecapi kejayaan pada usia cukup muda.

Di aplikasi TikTok, tular video memaparkan usahawan tudung itu menerima sebuah kereta mewah jenama Mercedes-Benz yang dibeli menggunakan simpanan sendiri.

Menurut Nur Alia Shahirah Hayazi, rezeki itu tidak datang bergolek, sebaliknya dia sudah berjinak-jinak dengan dunia perniagaan sejak berusia 13 tahun lagi.

“Saya start bisnes masa tingkatan satu. Masa tu saya jual sabun madu kelulut, jual baju bundle, jual chocojar, ayam Korea, kek dan macam-macam lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Kawan-kawan dan cikgu memang tahu saya suka berniaga. Sampai cikgu tanya, nak jual apa lagi?

“Ketika tingkatan lima saya mula jual tudung pula. Kemudian habis sekolah, saya sambung pengajian dalam bidang Filem di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

alia3

Alia mula berniaga sejak tingkatan satu sebelum mengusahakan tudung jenama sendiri pada 2019.

“Ternyata ia bukan minat saya. Saya lebih suka bisnes. Sempat belajar dalam sebulan, saya berhenti dan terus fokus pada bisnes,” ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Alia, anak bongsu daripada tiga beradik yang menetap di Changlun, Kedah itu mengakui seronok menjadi usahawan pada usia muda.

Ketika ia dihantar dengan lori ke depan rumah, saya rasa macam tak percaya.

ALIA

Selain dapat menimba pengalaman baharu, dia juga bersyukur dapat berbakti untuk keluarganya yang turut sama berkecimpung dalam bidang itu sejak sekian lama.

“Memang seronok sebab boleh tolong keluarga dengan hasil jualan kita. Seronok ada duit sendiri, tak perlu harapkan duit keluarga. Rasa sangat bersyukur.

“Mak saya pun buat bisnes. Dulu mak berniaga kerepek, teddy bear, kosmetik, minyak wangi dan macam-macam lagi. Biasanya mak akan berniaga di ekspo.

“Masa kecil dulu saya selalu ikut mak berniaga sampai lewat malam. Sebab tu saya rasa nak berniaga juga.

alia2

Alia mengakui apa yang diraih tidak datang dengan mudah.

“Ada orang kata yang saya ni berasal dari keluarga senang. Pada saya, mereka tak duduk di tempat saya. Sebelum senang kita pasti bermula dengan susah dahulu.

“Nak senang mesti lalu jalan berliku. Tiada benda yang kita buat terus dapat dengan senang. Macam-macam kena hadap.

“Kalau orang komen tu, saya rasa mereka cakap apa yang mereka rasa. Tapi mereka tak lalui apa yang saya rasa. Saya hanya biarkan komen sebegitu,” kata Alia lagi.

Menurut Alia, dia mula mengusahakan tudung jenama sendiri pada hujung tahun 2019 dan kini mempunyai sekitar 2,000 dropship di seluruh Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei, Indonesia dan Singapura.

Bercerita mengenai kereta pertamanya itu, Alia berkata dia sudah menabung wang selama dua tahun dan sama sekali tak menyangka impiannya akan menjadi kenyataan.

alia4

Alia bersyukur dengan rezeki yang diterimanya pada usia muda.

“Kereta itu baru sahaja dibeli pada bulan ini. Ketika ia dihantar dengan lori ke depan rumah, saya rasa macam tak percaya.

“Ini kereta pertama, saya menabung sejak dua tahun lalu. Tapi kalau diingat semula masa tingkatan lima dulu, saya hanya target nak beli Perodua Axia atau MyVi.

“Tapi ini semua rezeki Allah. Mungkin nampak biasa pada mata orang, tapi ia luar biasa pada saya. Saya kadang-kadang tak tidur malam fikirkan perniagaan,” ujarnya lagi.

Pesan Alia, sesiapa sahaja khususnya anak muda boleh menceburi bidang bisnes asalkan mereka rajin berusaha dan tidak berputus asa.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *