“Tegas Dalam Pilih Pasangan Hidup” -Hanna Aqeela Tak Rela…

Kuala Lumpur: Pelakon Hanna Aqeela, 31, mengakui dia lebih memilih mencari calon pasangan hidupnya sendiri, berbanding menerima jodoh yang ditentukan oleh keluarga.

Hanna atau nama sebenarnya, Hanna Aqeela Mohd Rosni berkata baginya memilih pasangan yang saling mencintai itu agak selesa, kerana semestinya sudah mengenali hati budi masing-masing.

“Saya tak maksudkan juga, pasangan pilihan keluarga itu tidak bagus atau kurang tepat. Cuma, saya pasti setiap daripada kita mesti sudah ada calon pasangan yang dirasa sesuai untuk dipilih sebagai bakal teman hidup,” katanya.

Terdahulu, Hanna yang tampil pada sidang media virtual drama Suara Hati lakonannya, berkata apa-apa pun perkara utama tetap diambil kiranya adalah restu daripada ibu bapa dan keluarga.

“Saya akan pastikan hubungan bersama bakal pasangan nanti direstui ibu bapa dan keluarga. Jika sebalik, saya berserah saja kepada Allah kerana percaya perancangan Dia lebih baik.

“Malah, hak masing-masing juga untuk pilih jodoh sendiri atau bersetuju dengan calon pasangan ditentukan oleh keluarga. Cuma untuk saya, rasa lebih selesa pilih calon pasangan sendiri daripada yang dijodohkan,” katanya.

Apapun, Hanna yang jarang berkongsi kisah peribadinya difahamkan sudah mempunyai kekasih. Namun, ketika ini Hanna mahu memberi tumpuan pada memantapkan kerjaya seni lakonnya.

Katanya, urusan jodoh buat masa ini diserah pada ketentuan Allah. Menurut Hanna lagi, dia sentiasa yakin jika sudah sampai jodohnya suatu hari nanti dengan calon pasangan pilihan, pasti tak akan ke mana.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *