Siti Sarah ditidurkan, jalani pembedahan keluarkan bayi 2 petang ini

SELEPAS beberapa jam ditidurkan kerana tahap oksigen rendah, penyanyi Siti Sarah yang sedang ham1l lapan bulan kini menunjukkan perkembangan positif.

Terbaharu suaminya yang juga pelawak Shuib memaklumkan Sarah bakal menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayinya sekitar pukul 2 petang, Jumaat.

Perkara itu dimaklumkan pengurus Siti Sarah, Nana Mohd. Rom daripada syarikat Indigital Music.

“Alhamdulillah, Shuib hubungi saya tadi memberitahu sebaik saja habis bacaan Yasin tadi, doktor beritahu Sarah semakin stabil. Insya-Allah pukul 2 ini doktor akan lakukan pembedahan untuk keluarkan bayi.

Sarah 1

Sarah bersama suami dan anak-anak.

“Kalau berjaya, Insya-Allah segalanya okay… Insya-Allah Sarah akan okay,” katanya kepada mStar.

Terdahulu rakan-rakan pasangan selebriti berkenaan mengadakan sesi bacaan Yasin secara maya bagi mendoakan agar urusan Siti Sarah yang kini sedang bertarung di unit rawatan papi (ICU) dipermudahkan.

“Ikutkan kami nak buat bacaan Yasin malam ini tapi Shuib hubungi saya pukul 11 pagi tadi mengatakan keadaan Sarah semakin merosot dan sudah ditidurkan.

Saya harap semua orang boleh mendoakan keadaan Siti Sarah.

“Jadi, kami ambil keputusan untuk terus buat terus. Bacaan Yasin akan dibuat selama tiga malam.

“Sepanjang bacaan Yasin tadi Shuib menangis dan masa dia hubungi saya pun sama. Saya harap orang ramai boleh mendoakan keadaan Siti Sarah,” kata Nana lagi.

Acara bacaan Yasin tersebut diketuai oleh Imam Muda Asyraf dan turut disertai beberapa rakan selebriti lain antaranya Adeep Nahar, Seaelan Paul dan Abby Fana.

Siti Sarah dipindahkan ke ICU di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada pagi Jumaat.

Sarah 2

Bacaan yassin yang diketuai oleh Iman Muda Asyraf.

Dia dimasukkan ke hospital berkenaan pada petang Rabu selepas mengalami batuk yang teruk dan kekurangan oksigen dalam badan akibat jangkitan C0v1d-19.

Sarah, 37, dan Shuib sekeluarga disahkan C0v1d-19 sejak 25 Julai lalu.

Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan posit1f v1rus mavt tersebut.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011, memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *