“Nyaw4 Waktu Sekarang Mudah Dirent4p,” – Lagu Dicipta Khas Buat Siti Sarah Akan Disimpan, Naim Daniel Nasihat Hargai Masa Dengan Insan Tersayang

Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel berharap agar semua pihak dapat menghargai setiap waktu yang terluang untuk dimanfaatkan bersama keluarga serta insan-insan tersayang agar memori yang tercipta akan dapat dikenang sampai bila-bila.

Menurut Naim, ketika tempoh pandem1k ini, segala kemungkinan boleh berlaku termasuklah hal-hal berkaitan hidup dan m4t1.

“Kalian, buatlah banyak kenangan.

Tangkap gambar orang yang kalian sayang, berbual dengan mereka tak kisahlah sekejap ataupun benda remeh sekalipun.

“Bagitahu mereka yang kalian sayangkan mereka. Nyawa pada waktu sekarang mudah direntap tanpa amar4n.

Buatlah banyak kenangan,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Sumpah itu menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik di laman Twitter.

Menerusi entri berasingan, Naim turut menzahirkan rasa sedih diatas pemergian penyanyi, Siti Sarah akibat serang4n C0v1d-19.

Malah, Naim turut memaklumkan lagu yang telah dicipta khas buat Sarah akan disimpan terlebih dahulu buat masa sekarang.

Naim turut menambah, lagu tersebut sebenarnya telah pun dinyanyikan oleh Sarah namun ia belum sempat untuk diterbitkan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

“Kak, rehat ya? Kak, kakak memang seorang kakak, sahabat, ibu, isteri yang baik. Semua orang senang dengan kakak.

“Lagu yang adik buat untuk kakak tu, adik simpan ya. Suka bila dengar kakak nyanyi lagu tu, sampai setiap rasa. Dari arwah Lok U mainkan piano, kakak nyanyi, sekarang, Allah bawa kakak balik.

“Kak, rehat ya? Mohon semua hadiahkan Al – Fatihah buat Allayarhamah @sitisarahraissuddin,” katanya lagi.

Terdahulu, jenaz4h Sarah telah pun selamat dikebum1kan di sebelah liang lahat ibunya di Tanah Perkubvran Islam, Kampung Sungai Pusu, Gombak pada tengah hari tadi.

Sumber: Twitter & Instagram Naim Daniel

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *