[VIDEO] Detik-detik Anak-anak Shuib Tahu Siti Sarah Dah ‘Pergi’ Buat Netizen Seb4k

Sejak semalam, kita dikejutkan dengan pemerg1an selebriti terkenal, Siti Sarah Raisudin.

Khabar duka itu disampaikan pihak pengurusan penyanyi bersuara emas itu, Indigital Music.

Usai majlis pengebum1an, suami Allahyarham, Shuib tidak boleh berhenti memikirkan bagaimanakah cara terbaik untuk dia menerangkan anak-anaknya tentang keadaan itu.

Walaupun perit untuk dihadam, namun Shuib tetap menguatkan semangat untuk menceritakan kebenaran tentang arw4h isterinya yang telah meninggal dunia.

Shuib menjelaskan lagi, usai mandi dia telah mengumpulkan anak-anaknya iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq m4tin dan menjelaskan tentang perkara tersebut.

Katanya kepada anak-anak, jika sebelum ini 4 beranak itu melakukan solat hajat agar ibu mereka pulang ke rumah, kini tidak akan ada lagi solat hajat untuk ibu mereka.

Walaupun pada awalnya anak-anak tidak dapat menerima khabar itu dan men4ngis teresak-esak namun dengan berkat kesabaran dan kelembutan seorang ayah, Shuib bersyukur akhirnya anak-anaknya memahami perkara itu dengan tenang.

Terbaru, menerusi laporan portal YOY, satu perkongsian di laman Instagram milik Allahy4rham Siti Sarah tentang video dimuat naik menunjukkan reaksi anak-anak Shuib terhadap pemergian ibu mereka yang tercinta.

“Sebenarnya, anak-anak dah nampak di Youtube pasal ibu mereka, Siti Sarah. Siap tanya penjaga kenapa cakap ibu arw4h, ibu kan k0ma je.

“Lepastu diorang tanya lagi kenapa ada video “Anak-anak tidak tahu ibunya telah tiada”

“Ya Allah beratnyaa hati kami, akhirnya dengan lafaz bismillah, selawat, daddy terangkan hal sebenar dengan tenang. Anak-anak men4ngis, mengharapkan ibu balik, rindukan ibu…

“Uwais, Talita, m4tin & Ayash, jadilah anak yang soleh & solehah, rajin solat, pandai mengaji Al-Quran, selalu bersedekah dan dengar cakap daddy & family

“Kita hanya berpisah di dunia, bertemu kembali di Syurga”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

Shuib menjelaskan kepada anak-anaknya bahawa ibu mereka sudah tiada kerana Allah terlalu sayangkannya.

“Ini adalah dugaan paling berat perlu saya lakukan. Saya cekalkan hati dan turun panggil anak-anak. Kebetulan ketika membuka TV, tajuk beritanya adalah Siti Sarah sudah tiada. Jadi, terus anak-anak bertanya sama ada betul atau tidak berita ini.”

“Saya beritahu kepada mereka kalau sebelum ini kita buat solat hajat untuk mohon supaya ibu balik, tapi sekarang ini ibu tidak akan balik rumah lagi.”

“Ketika itu semua diam. Ada yang faham, ada yang tidak faham. Saya cuba terangkan satu persatu kepada mereka. Saya beritahu kita berdoa dengan Allah supaya ibu balik, tapi ibu bukan milik kita sebaliknya ibu milik Allah.

“Jadi Allah tak boleh pulangkan kepada kita sebab Allah terlalu sayangkan dia, mungkin dia terlalu baik. Jadi Allah nak ambil dia dan kita tidak akan jumpa dia lagi.”

“Waktu itu anak-anak semua menangis teresak-esak, tapi lama-lama mereka faham. Jadi saya beritahu kepada mereka yang ibu pesan mahu anak-anaknya jadi anak yang soleh dan solehah.

“Ibu juga beritahu harta yang dia miliki adalah anak-anaknya. Ibu mahu anak-anak turut pandai mengaji dan tidak tinggal solat.”

Rata-rata netizen tidak dapat menahan kesedihan melihat reaksi sayu anak-anak Allahy4rham menerima berita tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

Terdahulu, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhirnya tepat pukul 5.13 pagi semalam di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Berita sedih itu disampaikan pihak pengurusan penyanyi bersuara emas itu, Indigital Music.

“Dengan berat hati dan berduk4cita, kami ingin memaklumkan bahawasanya Siti Sarah Raissuddin telah meninggal dunia pukul 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu.

“Sebarang maklumat lanjut akan disalurkan dari semasa ke semasa. Al-Fatihah,” kata kenyataan itu.

Siti Sarah yang juga isteri kepada pelawak, Shuib meninggal dunia selepas beberapa hari  bertarvng ny4wa selepas ‘ditidurkan’ kerana jangkit4n yang semakin serius pada paru-paru.

Allahy4rham meninggalkan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq m4tin, 6, dan bayi yang baru dil4hirkan Ayash Affan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://www.mediakl.my

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *