Tak akan basuh telekung putih Siti Sarah

PETALING JAYA – Biarpun ja4sad isteri Allahy4rham Siti Sarah Raissuddin sudah tiada, barang-barang miliknya dan kenangan manis hidup bersama selama 11 tahun akan mekar dalam ingatan pelawak, Shuib.

Shuib atau nama lengkap­nya, Shahmira Muhamad, 37, berkata, salah satu daripada barangan itu ialah sehelai te­lekung kegemaran arw4h iste­rinya yang tidak akan dibasuh selama-lamanya.

Kata Shuib, telekung berwarna putih yang selalu dipakai pelantun lagu Kesetiaan itu kini menjadi peninggalan pa­ling berharga untuk dikenang dan menemani hidupnya selain empat zuriat mereka.

“Ini adalah telekung yang paling digemarinya. Jadi, memang tak akan dibasuh. Dia jarang pakai telekung lain. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada peninggalannya. Allahukbar.

“Insya-Allah, telekung ini akan selalu mengikut (saya) ke mana-mana,” kata Shuib usai majlis tahlil dan doa selamat yang dianjurkan secara maya malam kelmarin.

Majlis tahlil dan doa selamat melibatkan kira-kira 600 orang itu turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.


GAMBAR kenangan Shuib dan aarwah isterinya, Siti Sarah.

Bercerita lanjut mengenai kehidupan tanpa isteri di sisi, Shuib memberitahu, ia ibarat mimpi, namun sedikit demi sedikit dia sudah mula mene­lan realiti pahit tersebut.

“Apabila saya bangun dan turun ke tingkat bawah, saya sedar semua ini bukan mimpi. Dia (Sarah) sudah tiada,” katanya.

Sementara itu, juara Raja Lawak musim ketiga itu menyifatkan bayi keempatnya, Ayash Affan yang dilahirkan secara pembedahan pada Jumaat lalu sebagai hadiah paling berharga daripada arwah isterinya.

“Dia memilih nama dan tarikh bersalin pada 30 September, namun dia menggadaikan nyawa melahirkan tanpa melihat wajah zuriat kami,” katanya.

Dalam pada itu, hasrat Shuib untuk menatap wajah Ayash Affan semalam terpaksa dipendamkan atas nasihat pihak hospital bagi mengelakkan sebarang risiko jangkitan c0vid-19.

Pengurus Siti Sarah, Nana Mohammad Rom berkata, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz menghubungi Shuib dan berbincang mengenai lawatan ke atas Ayash Affan yang dilahirkan pramatang.

“Shuib juga memahami si­tuasi pandem!k kerana dia juga amat mementingkan kesihatan bayi serta semua yang berada di wad dan sedia menanti sehingga keadaan bayinya betul-betul sihat,” katanya.

Alahyarham Siti Sarah, 37, meninggal dunia pada Isnin lalu selepas tiga hari ditidurkan akibat komplikasi disebabkan jangkitan c0vid-19. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : -K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *