“Lagi Lama Saya Di4m, Makin Menj4di-j4di!”Tak T4han Dif1tnah ‘K4ki S0ndol’, Fiza Halim Beng4ng Pemf1tnah Kaitkan Bek4s Svami

ENGGAN terus menutup mulut, pelakon Fiza Halim akhirnya tampil mempertahankan diri selepas imejnya tercalar dengan tuduhan sebagai ‘kaki sondol’ dan ‘mata duitan’ sejak bulan lalu.

Menurut Fiza, dia tidak dapat menahan sabar apabila mengetahui pihak berkenaan mengeruhkan lagi keadaan dengan menghubungi isteri kepada bekas suami pertamanya.

Lebih teruk, individu yang menyebarkan fitnah itu turut mengaitkan bekas suami keduanya iaitu penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia, Adam.

Fiza tampil mempertahankan diri di Instastory miliknya.

“Kes ini sejak bulan lalu… saya tak nak mengeruhkan keadaan sebab itu enggan beri kenyataan. Tapi lagi lama saya diam, makin menjadi-menjadi pula. Semalam pun dia muat naik status lagi.

“Dia siap pergi DM isteri kepada bekas suami pertama saya. Pergi kaitkan dengan orang lain pula termasuk Adam. Lagi lama saya diam, makin menjadi-jadi. Bukan tak tahan, tapi saya kena pertahankan diri.

“Orang kata saya diam sebab saya bersalah. Benda (bercerai) sudah setahun berlalu dan tak ada apa. Saya dan bekas suami pun tak ada bergaduh. Saya pelik, kenapa budak ini yang sibuk,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, Fiza menerusi Instastory mendedahkan dia enggan berdiam diri lagi selepas individu tersebut tidak henti-henti melemparkan fitnah terhadapnya di laman sosial.

Kalau betul tak puas hati, mari berjumpa dengan saya.

Pada 7 Julai lalu, Fiza membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara terhadap individu yang merupakan bekas adik iparnya mendakwa dia seorang ‘kaki sondol’ dan pemusnah rumah tangga orang.

Individu berkenaan mendakwa penyanyi itu menjadi orang ketiga apabila memusnahkan rumah tangga abangnya dengan bekas isteri.

Tindakan individu itu mengundang banyak komen netizen yang rata-ratanya dilihat percaya dengan pendedahan yang tidak dipastikan sahih itu.

Dalam pada itu, pelakon berusia 40 tahun ini juga mengajak individu tersebut untuk bertemu dengannya tanpa perlu menyebarkan cerita tidak sahih kepada umum.

Fiza berang dituduh sebagai perampas.

“Kalau betul tak puas hati, mari berjumpa dengan saya. Tak payah buka cerita, korek cerita sana sini… tak perlu pun. Kita sekarang sibuk dengan kes Covid-19, nak kena jaga diri.

“Cukup la saya kena maki, kena caci dan keluarga semua kena hina. Dalam minggu depan Insya-Allah saya akan dapat keputusan daripada pihak polis,” ujarnya.

Untuk rekod, Fiza sebelum itu mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, namun bercerai pada 4 November 2010 selepas hampir empat tahun berkahwin.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12. Fiza seterusnya berkahwin dengan penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia, Adam, pada September 2013.

Perkahwinan kedua juga tidak dapat diselamatkan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.