Selepas Muhyiddin Umum Let4k Jawatan, Sekali Najib Up Status Ini

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yasin sebentar tadi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.

Perkara itu dimaklumkan beliau pada satu sidang media di pejabatnya di Putrajaya, yang turut disiarkan secara langsung di pelbagai platform telekomunikasi, termasuk televisyen dan media sosial.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik.

“Saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan seluruh anggota Kabinet seperti dikehendaki Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Terdahulu pagi tadi, Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet terakhirnya, sebelum bergerak ke Istana Negara.

Berikut reaksi dari Bossku

“Hujan mencurah ke bumi.

“Selepas hujan, pasti ada pelangi menanti.

“Selepas kegelapan, pasti ada sinar menerangi.

“Selepas derita, pasti ada kebahagiaan.

“Semoga Allah SWT merahmati Malaysia dan rakyat semua.

“InsyaAllah.

“Ada pihak rakus rebut kuasa…” – Muhyiddin reda berdepan hari terakhir sebagai PM

TAN Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelbagai ikhtiar dilakukan hingga ke saat akhir untuk menyelamatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN), sekurang-kurangnya sehingga selesai tugas menguruskan pandemik, program vaksinasi dan pemulihan ekonomi negara, namun tidak berhasil.

Beliau berkata demikian selepas meletakkan jawatan sebagai perdana menteri susulan kehilangan kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Tetapi ikhtiar ini tidak berhasil disebabkan ada pihak yang rakus untuk merebut kuasa daripada mengutamakan nyawa dan kehidupan rakyat.

“Bagi saya, apa yang berlaku ini adalah ketentuan Allah SWT yang merupakan satu episod dalam sejarah perjuangan politik saya,” katanya pada perutusan khas, petang Isnin.

Muhyididn yang juga yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, enam tahun lalu beliau dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri semata-mata kerana mempertahankan prinsip untuk tidak berkompromi dalam kes penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya berjuang, saya berkorban, akhirnya Allah SWT mengangkat martabat perjuangan saya sehingga saya diberikan amanah untuk memimpin negara ini sebagai Perdana Menteri. Namun, telah ditakdirkan bahawa hari ini adalah hari terakhir saya sebagai Perdana Menteri dan saya reda dengan ketentuan Ilahi.

“Sesungguhnya, jawatan yang telah saya pikul ini bukanlah suatu kemegahan. Ia datang dengan suatu bebanan tanggungjawab yang berat. Saya memimpin negara dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Pada masa yang sama saya terus digugat dari segi politik.

“Saya boleh mengambil jalan mudah dengan mengorbankan prinsip saya untuk kekal sebagai Perdana Menteri. Tetapi itu bukan pilihan saya.

“Saya tidak akan sekali-kali bersekongkol dengan kumpulan kleptokrat, mengganggu kebebasan badan kehakiman dan membelakangi Perlembagaan Persekutuan semata-mata untuk kekal berkuasa,” katanya,

Pada Isnin, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, ini selaras Perkara 40 (2)(a) dan 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan bahawa Seri Paduka hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan.

Beliau turut memberitahu bahawa baginda berkenan peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Terdahulu, Muhyiddin selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, pada tengah hari Isnin.

Pagi Isnin, Muhyiddin mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet di Putrajaya.

Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong, dipercayai berhubung kedudukannya sebagai Perdana Menteri, selepas dipercayai hilang sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Umno sebelum ini menarik sokongan kepada Muhyiddin dan PN, namun sebahagian Ahli Parlimen Umno bertegas supaya kerjasama Umno-PN dikekalkan, sekurang-kurangnya sehingga Parlimen dibubarkan untuk PIlihan Raya Umum (PRU) ke-15.

 

Sumber:Najib Razak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://www.dnq.pw/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *