Baru Je PM Letak Jawatan, Sekali Najib Razak Nak S4man Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan bakal berdepan tindakan undang-undang kerana did4kwa mengh1na mahkamah.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau menerusi peguamnya akan menfailkan sam4n berkenaan ekoran dakwaan Muhyiddin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri kerana terdapat pihak yang ‘rakus’ kuasa demi jawatan nombor satu negara.

Najib berkata, Muhyiddin sebaliknya lupa siapa yang bersikap seperti itu dengan sanggup menik4m belakang Tun Dr. Mahathir Mohamad dan mengkh1an4t gabungannya (Bersatu) untuk merampas kuasa selepas parti itu kalah kepada Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Tajung Piai, Johor, pada 2019.

“Siapa yang rakus untuk kekalkan kuasa sehingga hentikan Parlimen selama tujuh bulan dan selepas dipaksa bersambung, dia tidak benarkan Ordinan Darurat dibentang sehingga terpaksa menipu Yang di-Pertuan Agong?

“Siapa yang rakus kuasa sehingga sanggup sog0k-menyog0k ahli-ahli Parlimen? Ini bukan rakus kuasakah?,” soal Najib dalam hantaran di Facebooknya malam ini.

Siang tadi, Wan Saiful berkata, Muhyiddin sejak awal lagi mendambakan kestabilan politik supaya Kerajaan Perikatan Nasional (PN) memberi tumpuan kepada usaha menangani pandem1k Cov1d-i9 namun keadaan bertukar malang disebabkan ada pihak tertentu yang rakus dan berniat untuk meros4kkan kestabilan yang dikecapi.

4 Ogos lalu pula, Muhyiddin mend4kwa menerima tekanan beberapa pihak supaya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang did4kwa atas kesalahan jenay4h namun menegaskan, tidak melayan tuntutan itu dan mengorbankan prinsip serta membelakangi sump4h jawatannya.

Untuk rekod, beberapa ahli Parlimen dari UMNO ada yang berdepan tindakan mahkamah termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan; Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak turut berdepan kes mahkamah dan masih dalam perbicaraan.

Bagaimana, Muhyiddin tidak menyebut secara khusus berkenaan pihak yang dikatakan menekan beliau untuk mencampuri urusan mahkamah bagi membebaskan sesiapa yang terlibat dalam dalam kes mahkamah.


WAN SAIFUL WAN JAN
Wan Saiful pula dalam kenyataan Facebooknya sebelum ini mendakwa antara kes yang dimaksudkan oleh Muhyiddin dalam kenyataan berhubung campur tangan dalam urusan mahkamah adalah membabitkan Ahmad Zahid yang meminta Muhyiddin menggugvrkan kes-kesnya di mahkamah manakala Najib pula did4kwa pernah meminta Muhyiddin menukar hakim dalam proses rayuannya.

Mengulas lanjut, tambah Najib, Muhyiddin mendakwa jalan paling mudah untuk beliau mengekalkan kuasa ialah bersubah4t dengan golongan kleptokrat’ tetapi beliau tidak berbuat demikian.

Sedangkan, kata Najib, Muhyiddin lupa golongan itu jugalah tempat beliau meminta untuk dinaikkan sebagai Perdana Menteri Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sejak Langkah Sheraton, Mac tahun lalu.

“Tidak cukup dengan itu, beliau kata dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh saya disebabkan isu 1MDB (1 Malaysia Development Berhad).

“Tidak benar, beliau dipecat kerana berkomplot dengan Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sejak tahun 2014 untuk menumbangkan saya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri – jauh sebelum isu 1MDB lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata, beliau bukan seorang yang suka melemparkan tudvhan tidak berasas jauh sekali bermain propaganda kerana ia dilakukan melalui pembuktian, kebenaran, sains dan data.

Beliau juga mencabar Muhyiddin untuk membuat laporan polis bahawa terdapat pihak yang ‘mengarahnya’ menganggu kes-kes utama namun tidak berani.

“Sampai kita perlu buat untuk kamu (seperti lampiran). Suruh kamu keluarkan bukti, kamu tak ada,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:http://trendingsangat.pw/

Leave a Reply

Your email address will not be published.