Fiza Sabjahan Ditanya Soal Ibu Mentua Di Live WHI, Terkeluar Pula Jawapan G4gap

Wanita Hari Ini (WHI) yang sudah bersiaran sejak 1997 terus menjadi tumpuan tontonan rakyat Malaysia khususnya perempuan menerusi kupasan topik-topik menarik. Baik daripada perihal kewangan, masakan, perkahwinan mahupun kekeluargaan, penyampaian bersahaja daripada pengacara tetapnya iaitu Fiza Sabjahan merupakan salah satu tarikan bagi rancangan temu bual ini.

Awak takut tak kalau 1 hari nanti berhadapan dengan mak mentua?

Pada 3 hari lalu juga, rancangan yang bertayang di stesen TV3 ini telah membincangkan tentang isu ‘Ibu Mentua Dari Syurga Atau…’. Namun begitu, terdapat satu babak lucu terjadi apabila Fahrin Ahmad bertanyakan soalan adakah Fiza mempunyai kerisauan berhadapan mak mentua andai berjodoh lagi dengan seseorang satu hari nanti.

Saya rasa dalam kategori umur ni, mungkin saya jumpa dengan orang yang tiada…

Bahagia hidup sendirian tanpa insan bernama suami tatkala usia memasuki 40 tahun, Fiza merasakan mungkin dia tidak akan bertemu jodoh dengan lelaki yang masih mempunyai ibu. Dengan nada berseloroh dan selamba, jawapan yang diberikan telah membuatkan Fahrin Ahmad tergelak besar. Namun jelas pengacara wanita ini lagi, semuanya bergantung kepada jodoh serta masa depan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan (@fizasabjahan)

Dia punya gagap tak boleh bawa bincang…Jujur tak dibuat-buat

Ditonton hampir 56,000 kali, rata-rata netizen juga terhibur dengan jawapan jujur yang diberikan oleh Fiza Sabjahan. Pun begitu, masih ramai terus mendoakan yang terbaik moga-moga wanita ini bakal berjodoh satu hari nanti.

 

Sumber: Instagram Fiza Sabjahan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : klmenjeritvideo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *