Hanya Kerana Men4ngis, Mila Jirin Dituduh Terima Duit RM76,000 Sebulan. Mila Jirin Ambil Tindakan Undang-Undang

Penyanyi dan usahawan Mila Jirin bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang lelaki susulan hantaran berunsur fitn4h yang dimuat naik di Facebook, baru-baru ini.

Dalam satu hantaran di Facebook, lelaki terbabit mendakwa Mila menerima RM76,000 sebulan daripada kerajaan pada fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan RM38,000 pada fasa seterusnya.

Kredit foto: IG

Dia turut mendakwa syarikat yang diusahakan Mila beruntung kerana menerima bantuan terbabit sedangkan orang lain terpaksa menggunakan wang simpanan sehingga habis untuk meneruskan perniagaan serta kelangsungan hidup.

Lelaki itu turut menasihatkan Mila supaya berdiam diri dan menganggap penyanyi itu sudah pecahkan tembel4ngnya sendiri.

Mila berkata, bantuan subsidi upah yang diterima daripada kerajaan itu bukan untuk dirinya semata-mata, tetapi ratusan ribu majikan turut menerima manfaat sama.

“Peguam saya sudah mengambil kes ini untuk ambil tindakan kepada lelaki itu di atas fitnah yang dibuat. Semua komen di ruangan Facebook lelaki itu juga sudah diteliti dan diambil ‘screenshot’ (tangkap layar).

“Untuk kefahaman anda, saya hanya mensyukuri bantuan yang diterima. Bantuan subsidi upah bukan diterima oleh saya saja, tetapi ratusan ribu majikan lain juga menerima manfaat yang sama untuk menampung pekerja.

“Hasil bacaan saya ia sudah memanfaatkan kepada jutaan pekerja termasuklah pekerja di Bizmilla,” katanya dalam satu hantaran terbaharu di Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin)

Menurut Mila, fitn4h yang dilemparkan lelaki terbabit menjejaskan nama baik dan reputasinya yang dibina selama ini.

“Untuk pengetahuan subsidi upah dibayar mengikut jumlah pekerja yang layak. Disebabkan fitn4h yang dilemparkan ini, ia menjejaskan reputasi saya. Pihak guaman menasihati saya dan juga tindakan lanjut akan diambil kepadanya,” katanya.

Sebelum ini, Mila meluahkan kesed1hannya dan memuat nak video dia menangis apabila diberitakan mengenai desas-desus sebelum peletakan jawatan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini.

Dalam hantarannya di Instagram, Mila menegaskan bahawa kesed1hannya itu adalah kerana mengenangkan jasa dan bantuan Perdana Menteri kepadanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://hiburan.cari.com.my/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *